Pengertian ibadah korban adalah ibadah sembelihan haiwan ternakan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah dan tiga hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Bagi pengertian aqiqah pula, ialah penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.
Perbezaan bagi korban dan aqiqah adalah daging korban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu belum dimasak. Manakala daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak. Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah menyatakan bahawa:
“menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” (maksud hadis)
Kemudian, perbezaan yang seterusnya adalah daging aqiqah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan doa harapan agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.
Seterusnya, tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya manakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.
Selain itu, bagi tempoh menyembelih ternakan korban hanya 4 hari dalam setahun, iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan menyembelih ternakan aqiqah tidak terbatas kepada hari-hari tersebut, bahkan boleh dibuat pada bila-bila hari yang sesuai.
Selanjutnya adalah, bagi tuntutan melakukan ibadah aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, manakala tuntutan melakukan ibadah korban ialah setiap tahun hijrah.
Di Urigo, kami mempunyai servis aqiqah yang akan dilaksanakan di Mekah. Bukan itu sahaja, bukti pelaksanaan akan diberikan kepada pelanggan dalam bentuk gambar atau video. Kami juga akan memberikan percuma sijil ukiran kayu premium kepada pelanggan yang mengambil servis aqiqah ini.
Sekiranya anda berminat untuk untuk menempah servis daripada Urigo, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah ,
No Customer Service : 018-2080827
No Konsultan Cik Irfa : 012-6692067
Boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan lebih lanjut info-info serta tips-tips menarik:
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement/
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Youtube : https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A
#