Tempat-Tempat Menarik Yang Terdapat Di Riau, Indonesia

0
922

Riau adalah sebuah wilayah yang terletak di bahagian tengah di kepulauan Sumatera di sepanjang sisir Selat Melaka. Wilayah ini juga adalah salah satu dalam Kepulauan Riau iaitu pulau besar dan pulau kecil. Manakala kota terbesar di Riau adalah Pekan Baru dan terdapat  beberapa bandaraya utama lain termasuk Dumai, Selat Panjang, Bagan Si Api Api, Bengkalis, Bangkinang, Tembilahan, dan Rengat.

Pasti anda tertanya di mana tempat yang menarik untuk diterokai di Kota Riau, bukan? Untuk mereka yang mempunyai hobi melancong ke luar negara, anda perlu baca artikel ini sampai habis dan jangan lupa untuk masukkan lokasi-lokasi ini ke dalam senarai untuk dilawati nanti

1. Zoo Sang Kulim 

Dikatakan mempunyai keluasan sebesar sepuluh hektar, Zoo Sang Kulim adalah tarikan utama pelancong apabila melawat ke Pekan Baru. Pada hujung minggu, zoo ini menerima ramai kunjungan pelancong dari dalam atau luar negara. Terdapat beberapa haiwan- haiwan yang menarik seperti burung, landak, ular dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menunggang gajah dengan harga IDR 10,000 setiap 10 minit. Selain daripada menerokai berkenaan dunia haiwan, aktiviti menarik yang lain juga terdapat di sini sebagai contoh aktiviti papan luncur, ayunan, kolam untuk memancing dan kolam kanak-kanak. Ianya juga tidak terlalu jauh dari Pekan Baru, hanya terletak kira-kira 30 minit sahaja dari pusat bandar Pekan Baru.

BACA JUGA :   BELAJAR SAMBIL MELANCONG DI MESIR
2. Riau Fantasy 

Terletak di Wilayah Sumatera, Riau Fantasy atau dikenali sebagai Labersa Water and Theme Park adalah sebuah taman rekreasi mandi-manda yang terbesar dan mempunyai keluasan kira-kira 6.5 hektar. Antara tarikan yang berada di sini adalah terdapat beberapa menara yang berhubung dengan jambatan lain, gelongsong air yang panjang dan banyak lagi.

Selain daripada itu, jika anda mahu kan aktiviti yang santai, anda boleh mencuba kereta api komedi dan kereta api berpusing yang menyeronokkan.

3. Air Terjun Aek Mertua

Air Terjun Aek Mertua atau nama singkatannya sebagai Air Terjun A.M ini terletak di daerah Bangun Purba, Rokan Hulu dan mempunyai beberapa tahap dengan ketinggian yang berlainan di antara 5 meter-30 meter. Buat anda yang menggemari dengan persekitaran alam semulajadi, ia adalah lokasi yang sesuai untuk anda.

4. Istana Siak Sri Indrapura

Dibina pada tahun 1899 oleh Sultan Sharif Hasyim Abdul Jalil Syaifudin, Istana Siak Sri Indrapura dibina dari inspirasi gaya seni bina Eropah, Arab dan Melayu. Di tingkat pertama istana, terdapat pelbagai koleksi diraja seperti patung gangsa Queen Wilhelmina dari Belanda dan patung Sultan Syarif Hasyim I dan gendang yang telah berusia lebih dari 200 tahun yang digunakan oleh Sultan Syarif Kassim II pada tahun 1914. Walaupun telah lebih dari 100 tahun, istana ini masih gah berdiri.

BACA JUGA :   Universiti Sumatera Utara Terima Pelajar Kemasukan September 2020 - Perubatan

Jadi bagaimana? Menarik bukan tempat-tempat ini. Bukan sahaja anda dapat meluangkan masa bersama rakan atau keluarga malah anda juga dapat mempelajari berkenaan sejarah yang unik. Jika Riau adalah lokasi cadangan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara, admin ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada anda

Daulah Educonsult ada menawarkan pengajian ke Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kassim di Riau untuk bidang pengajian Islam. Syarat kelayakan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM / IGCSE / O-LEVEL / STAM / DIPLOMA / ASASI / MATRIKULASI / SETARAF. Jika anda berminat, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah. Lakukan pendaftaran anda bermula dari sekarang dan dapatkan sesi konsultasi secara PERCUMA bersama konsultan Daulah Educonsult. Kuota adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang anda!

Pejabat: 03-92851322
Customer Service: https://bit.ly/Konsultan-N
Konsultan Utama: 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan Daulah: https://bit.ly/KonsultanNisa (Konsultan Nisa)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here