Bengkung memang sinonim dengan ibu selepas bersalin. Amalan membongkok selepas bersalin bukan sahaja menjadi amalan pantang larang wanita Melayu dan Asia, malah telah diamalkan sejak turun temurun di seluruh dunia. Khasiat bengkung dapat dirasai dengan penggunaan minimum 10-12 jam sehari iaitu selama 6-8 minggu iaitu dalam tempoh berpantang atau selepas bersalin.
Umumnya, ia adalah kain yang dibalut kemas dari perut hingga ke pinggul. Dengan rekaan moden masa kini, kebanyakannya menggunakan zip, cangkuk dan ada yang masih diikat menggunakan tali. Bengkung tradisional lebih sinonim dengan tradisi pantang larang kerana ia digunakan selepas wanita bersalin. Ini dilakukan untuk mendapatkan semula bentuk badan asal dan kekal cergas dan aktif. Bengkung moden boleh digunakan pada bila-bila masa dan tidak semestinya digunakan selepas bersalin.
Jenis-Jenis Bengkung:
1. Bengkung Jawa.
Zaman ibu kita ialah Bengkung Jawa. Bengkung ini boleh dipakai semasa berdiri atau baring. Sebaik-baiknya dibalut oleh orang lain yang pandai kerana untuk membalut dan mengikat simpulan Jawa ini memerlukan kemahiran kekuatan tangan. Bengkung Jawa ini juga mengambil masa yang lama untuk digunakan.
2. Bengkung Zig-Zag.
Seterusnya, bengkung zig zag merupakan inovasi bentkung Jawa untuk memudahkan ibu-ibu memakai sendiri. Kena pastikan guna saiz yang betul sebab lengkung zig zag ni tak boleh adjust ikut saiz.
3.Bengkung Berzip.
Bengkung ini mudah dipakai sendiri, mudah ke tandas dan sesuai untuk bersalin secara Caesar dan normal kerana boleh dilaraskan. Material sangat selesa, sejuk dan serap peluh. Sesuai untuk saiz badan XS hingga 4XL.
Calya juga menyediakan pakej berpantang untuk ibu-ibu selepas bersalin. Jika anda berminat dengan pakej berpantang anda boleh membuat tempahan slot menerusi Calya Confinement.?
Ketahui Update dan Info Penting di :
No khidmat pelanggan: 0182080827
No Konsultan Dyana: 0182049022
Instagram : https://www.instagram.com/calyaconfinement/
Facebook : https://www.facebook.com/calyaconfinement
Telegram : https://t.me/calyaconfinementofficial
Tiktok : https://www.tiktok.com/@calyaconfinement
Youtube: https://youtube.com/channel/UCF1ELTjeLj32Dr5E3IkzN3A