Ramai yang teringin untuk melancong seorang diri tetapi tidak berani. Malah, lebih memilih untuk bergerak secara berkumpulan disebabkan risau akan keselamatan dan sebagainya. Namun, jika anda benar-benar tekad untuk mencuba perkara baru, sila baca artikel ini sampai habis . Antara tips-tips untuk ‘solo travel’.
- Menguatkan mental dan fizikal
Kesihatan mental dan fizikal adalah sangat penting bagi ‘solo traveling’ . Anda perlu kekal tenang dan menikmati perjalanan serta sentiasa berfikiran positif agar perkara yang buruk tidak akan terjadi. Sebaiknya puji diri anda apabila anda boleh melakukan sesuatu yang biasanya anda tidak boleh lakukan.
2. Merancang perjalanan
Perkara penting sebelum melancong adalah anda perlu merancang perjalanan agar perjalanan kita berjalan dengan lancar terutama berlancong ke luar negara. Antara perkara-perkara yang perlu diambil berat iaitu semak pasport dan mohon visa yang diperlukan, dapatkan vaksin dan bawa ubat jika perlu, sediakan wang yang secukupnya dan paling penting beli insurans kesihatan dan perjalanan agar keselamatan anda terjamin.
3. Sentiasa Berwaspada
Melancong sendirian boleh mendebarkan bagi sesetengah individu kerana ia membolehkan mereka mendapat kawan baharu, tetapi ia juga membuatkan anda lebih terdedah kepada risiko. Hal ini disebabkan sindiket penipuan sering menyamar sebagai orang baik dan boleh dipercayai pada pandangan anda. Untuk menjaga keselamatan anda, anda mesti sentiasa berwaspada serta berfikiran terbuka.