Riau merupakan sebuah negeri di Indonesia yang terletak di Pulau Sumatera. Pekan Baru merupakan ibu negeri di Riau. Selain itu, Riau bersempadan dengan beberapa wilayah lain di Indonesia termasuklah Sumatera Utara, Jambi, Kepulauan Riau dan Sumatera Barat. Selain itu, mempunyai pelbagai kebudayaan dan kesenian khas di Riau.
Riau dipenuhi dengan kawasan dataran rendah yang ditumbuhi oleh hutan tropika dan sungai-sungai besar seperti Sungai Kampar, Sungai Rokan dan Sungai Siak. Negeri ini juga mempunyai beberapa pulau kecil di sekitar pesisirannya seperti Pulau Kundur, Pulau Bengkalis dan Pulau Rupat.
Sebahagian besar penduduk di Riau adalah dari suku Melayu dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka. Selain itu, terdapat juga suku lain seperti Batak, Minangkabau, Jawa dan Tionghoa. Agama Islam adalah agama yang majoriti di Riau.
Terdapat pelbagai kebudayaan dan kesenian khas di Riau yang boleh kita ketahui
Kebudayaan & Kesenian:
- Tarian Zapin
Tarian tradisional Riau yang dipentaskan dalam majlis perkahwinan atau upacara adat. Dikiringi oleh alat muzik seperti gambus, gendang dan rebana.
- Seni ukir
Seni rupa tradisional kayu yang terkenal di Riau. Ukiran kayu dihiasi dengan motif-motif tradisional seperti flora, fauna, atau tokoh-tokoh legenda.
- Tenun songket
Kain tenun tradisional yang dibuat dengan menggunakan benang emas atau perak. Motif yang digunakan pada songket biasanya terinspirasi dari flora dan fauna yang ada di Riau.
- Seni Lukis
Seni lukis juga berkembang di Riau dengan beberapa seniman yang terkenal. Karya seni lukis biasanya terinspirasi oleh keindahan alam Riau.
- Seni tari Randai
Seni tari yang berasal dari daerah Minangkabau yang juga terkenal di Riau. Dikendalikan oleh muzik tradisional dan dipentaskan pada majlis adat seperti perkahwinan.
Anda berminat untuk melanjutkan pengajian di Riau? Boleh hubungi kami di Daulah Educonsult untuk mendapatkan info lebih lanjut:
Facebook : Daulah Educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Email : daulahmedic@gmail.com
Pejabat : 03-92851322
Khidmat Pelanggan : 018-9624322
Konsultan Utama : 013-2090322 (Tuan Syed)
Konsultan : 010-8694840