Musim banjir adalah waktu di mana intensitas hujan sangat tinggi tanpa henti dan sering menyebabkan air meluap dari sungai, tasik, longkang dan saluran air lainnya dan mengakibatkan banjir. Kawasan yang terletak di sepanjang sungai atau kawasan yang rendah mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena banjir.

jadi apa yang perlu anda persiapkan sebelum berlakunya banjir? Jom admin kongsikan kepada anda, sebelum dan ketika banjir, Apa yang perlu anda lakukan.

 

PERSIAPAN SEBELUM BERLAKUNYA BANJIR

  1. Membuat pembersihan Kawasan Longkang 

Pastikan parit dan longkang di sekitar rumah anda bersih dari sampah sarap yang mengakibatkan longkang tersumbat agar air hujan dapat mengalir dengan lancar. Contohnya , Bergotong-Royong membersihkan kawasan tempat tinggal.

2. Pindahkan barang-barang penting ke tempat yang aman

Pindahkan barang-barang penting seperti dokumen penting, barang berharga dan alat-alat elektronik ke tempat yang lebih tinggi atau aman agar terhindar dari banjir.

3. Siapkan bekalan makanan dan air minum

Persiapkan bekalan makanan dan air minum yang cukup untuk beberapa hari. Contohnya, jika terjadinya banjir , kita bimbang kawasan yang terjejas salah satunya adalah Pusat beli-belah  terganggu. Antara makanan yang boleh anda sediakan adalah Beras, Roti, Biskut, minyak masak, alatan mandi, pakaian dan lain-lain yang diperlukan.

BACA JUGA :   Ewww, Nafas Berbau! Apa Nak Buat Ni?

TINDAKAN KETIKA MUSIM BANJIR MELANDA

Ketika terjadi musim banjir, ada beberapa tindakan yang perlu anda lakukan untuk menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga yang lain.

  1. Pindahkan diri dan ahli keluarga ke tempat pusat pemindahan banjir
Rujukan : Berita Harian

Jika air sudah mulai masuk ke dalam rumah, anda perlu segera pindahkan diri dan keluarga ke tempat yang lebih tinggi atau aman untuk menghindari bahaya.

2. Jangan menyeberangi rintangan air banjir yang dalam

Jangan cuba untuk menyeberangi air banjir yang deras kerana air yang deras dapat membahayakan keselamatan manusia. oleh itu, pentingnya kita untuk berhati-hati dan mengambil tindakan pencegahan saat menghadapi air deras banjir, seperti tidak mencoba untuk menyeberangi arus air dan segera mencari tempat yang lebih tinggi.

3. Matikan sumber listrik dan gas

Rujukan : MKN

Bila banjir melanda, tutup bekalan elektrik dan gas adalah amat penting kerana ia dapat membahayakan keselamatan dan merosakkan peralatan di rumah. Apabila banjir, air boleh memasuki rumah dan menyentuh kabel elektrik atau paip gas, yang boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran gas. oleh itu, dengan menutup bekalan elektrik dan gas, kita boleh mengurangkan risiko dan melindungi diri dan keluarga kita dari bahaya yang boleh berlaku.

BACA JUGA :   Penting ke parents ambil tahu cita-cita anak di usia muda?

4. Tetap tenang dan waspada


Ketika musim banjir terjadi, perkara pertama yang perlu dititikberatkan dalam setiap diri setiap orang adalah untuk tetap berada dalam keaadaan yang tenang dan berwaspada. walaupun situasi yang melanda membuatkan anda takut, jika anda berada dalam keadaan yang tenang dan berwaspada ia akan membantu anda untuk membuat keputusan yang tepat dan menghindari tindakan yang berbahaya.

Oleh itu, pihak berkuasa dan masyarakat perlu mengambil tindakan pencegahan dan persediaan untuk mengurangkan kesan buruk banjir semasa musim banjir.

Admin harap info ini dapat memberikan manfaat untuk anda diluar sana. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan keberkahan kepada Anda dan keluarga untuk menghadapi dan pulih dari musibah banjir ini

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here