Penggunaan lampin pakai buang sudah menjadi pilihan utama ibu bapa hari ini, terutamanya mereka yang sibuk dalam dunia pekerjaan. Kebanyakan ibu bapa memilih kaedah yang lebih praktikal dan mudah untuk menukar lampin dimana sahaja mereka berada. Oleh itu, penting untuk ibu bapa mengetahui tips untuk memilih lampin pakai buang yang baik untuk kesihatan dan keselesaan bayi anda.

Berikut adalah beberapa tips tentang cara memilih lampin bayi yang baik:

 

1. Mempunyai daya serapan yang baik

Pemilihan lampin pakai buang yang tepat mestilah kerana kemampuan lampin untuk menyerap dengan baik. Ibu bapa seharusnya memilih lampin dengan lapisan penyerap berkualiti tinggi dapat memastikan kulit bayi sentiasa kering.

2. Ada garis penunjuk kebasahan

Lampin yang mempunyai garis penunjuk kebasahan penting untuk memudahkan ibu bapa untuk tahu bila lampin sudah perlu diganti. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang sudah penuh terlalu lama bagi mencegah ruam lampin daripada berlaku pada bayi.

BACA JUGA :   Pentingnya Aktiviti Fizikal untuk Kesihatan Kanak-Kanak

3. Diperbuat dari bahan yang sesuai

Kulit bayi yang sensitif menyebabkan bayi mudah untuk terkena iritasi pada kulit. Ketika memilih lampin pakai buang, ibu bapa perlu memeriksa kualiti dan bahan yang digunakan pada lampin. Pilihlah, lampin yang diperbuat dari bahan yang lembut dan hypoallergenic, supaya kulit selamat daripada masalah ruam lampin dan iritasi.

4. Sesuai dengan ukuran bayi

Terdapat pebagai saiz lampin bayi daripada pelbagai jenama yang terjual dipasaran, jadi penting untuk kita pilih ukuran yang sesuai untuk dipakai pada bayi. Pastikan lampin muat pada bayi dan tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Hal ini bagi mengelakkan kebocoran apabila memakai lampin jika terlalu longgar, sementara jika terlalu ketat akan menyebabkan kesan kemerahan pada kulit bayi.

BACA JUGA :   Makanan Khas dari Mesir

Dengan mengikuti tips ini, ibu bapa dapat pengetahuan lebih lanjut cara memilih lampin pakai buang. Setiap bayi berbeza antara satu sama lain, oleh itu, ibu bapa mestilah cakna untuk memilih dan mencuba pelbagai jenis dan jenama lampin pakai buang sehingga berjumpa dengan lampin yang sesuai dengan si manja. Lampin yang baik penting untuk bayi dalam keadaan selesa dan terlindung sepanjang hari.

Tiktok: winkybabyy
Instagram: winkybabyy_
Facebook: Winky Baby
Email: winkybaby23@gmail.com
Pejabat:03-92851322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here