Ruam lampin sememangnya biasa berlaku pada mana-mana bayi yang memakai lampin. Masalah ini boleh hadir daripada pelbagai punca, seperti contoh bahan yang terdapat pada lampin yang tidak sesuai pada kulit bayi. Namun, ibu bapa boleh menangani masalah ruam lampin jika simtom awal dan punca ruam lampin dapat dikesan dengan segera.
Faktor yang meningkatkan lagi risiko bayi terkena ruam lampin:
- Pemakaian lampin yang terlalu ketat menyebabkan geseran pada kulit bayi.
- Tidak mengelap dan membiarkan kawasan kulit bayi kering dengan sepenuhnya.
- Tidak menukar lampin dengan kerap atau setiap 2-3 jam sekali.
- Penggunaan bahan kimia dalam produk mandian bayi.
- Bahan dalam lampin yang tidak sesuai dan kasar dengan kulit bayi.
- Suhu yang panas dan lembab menyebabkan bayi berpeluh dan terkena ruam.
Ibu bapa seharusnya mengelakkan risiko ruam lampin daripada meningkat dan menyebabkan bayi anda terdedah dengan masalah ini.
Cara untuk menangani masalah ruam lampin:
- Pakai lampin dengan longar bagi mengurangkan geseran dan tukar lampin bayi dengan kerap.
- Cuci badan bayi dengan air suam, kain yang lembut dan elakkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia pada bayi
- Pastikan kulit bayi anda sentiasa kering sebelum memakai lampin, lap kulit bayi dengan kain yang lembut untuk mengelakkan iritasi daripada berlaku.
- Dedahkan kawasan kulit bayi yang terkena ruam lampin sebanyak mungkin untuk kulit sentiasa kering.
- Sapukan sapuan anti-ragi atau krim anti-ruam setiap kali anda menukar lampin.
- Jika bayi mula demam dan ruam mula merebak semakin teruk pada bayi selepas rawatan dirumah, sila hubungi doktor dengan segera untuk rawatan yang lebih lanjut.
Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, sila berhubung dengan doktor terlebih dahulu untuk informasi dan rawatan yang terbaik untuk bayi anda.
Pemilihan dan penggunaan lampin yang baik amat penting untuk memastikan bayi kekal sihat dan selesa. Masalah ruam lampin atau alahan pada tubuh badan bayi dapat dielakkan sekiranya ibu bapa mengambil masa untuk mencuba dan memilih lampin yang sesuai. Kebersihan dalam menukar lampin bayi juga perlu diambil kira bagi mengurangkan risiko ruam dari berlaku.
Tiktok: winkybabyy
Instagram: winkybabyy_
Facebook: Winky Baby
Email: winkybaby23@gmail.com
Pejabat: 03-92851322