Sebagai seorang ibu, membina ikatan emosi yang kuat dengan bayi adalah satu perkara yang penting untuk mengeratkan hubungan bersama. Ikatan ini akan membantu bayi untuk merasa aman dan dicintai oleh ibu mereka. Ibu yang mempunyai ikatan emosi yang kuat dengan bayi juga dapat memberi kesan positif dalam perkembangan emosi si manja pada masa hadapan. Dalam artikel ini akan membincangkan berkaitan tips-tips untuk para ibu membina dan menguatkan lagi ikatan emosi dengan bayi.

Melalui sentuhan

Sentuhan ibu merupakan cara yang sangat efektif untuk membina ikatan emosi dengan bayi baru lahir. Misalnya ibu boleh memeluk bayi erat dan mendukung mereka untuk bayi merasakan sentuhan ibu. Cara ini bukan sahaja dapat memperkuatkan ikatan ibu dan bayi, malah ia juga dapat membantu mengawal suhu tubuh bayi agar bayi dalam keadaan selesa.

BACA JUGA :   RAMBUT GUGUR? INI SOLUSINYA

Urutan lembut

Ibu juga boleh melakukan urutan yang lembut pada kepala, badan dan kaki bayi. Urutan yang lembut pada bayi dapat meningkatkan keselesaan bayi dan dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh bayi. Ia juga dapat merangsang pengeluaran hormon oksitosin, yang dikenali sebagai hormon kebahagian untuk memperkuatkan emosi ibu dan bayi.

Komunikasi dengan bayi

Walaupun bayi belum dapat memahami apa yang disebutkan, ibu boleh berbual dengan bayi dengan suara yang lembut dan penuh kasih sayang. Ceritalah tentang apa yang anda lakukan, kisah dongeng yang menarik atau nyanyikan lagu-lagu yang mempunyai makna yang baik kepada bayi anda. Selain membantu menguatkan ikatan emosi, anda boleh mengembangkan kemampuan mereka dalam bertutur dan memahami anda dengan cepat

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Universiti yang Diiktiraf

Membina ikatan emosi dengan bayi memerlukan waktu dan dedikasi yang kuat daripada ibu mereka sendiri. Walaupun proses ini perlu kesabaran dan perhatian ibu yang maksimum, manfaatnya boleh berkekalan panjang. Perkembangan emosi amat penting untuk bayi membesar menjadi anak yang baik dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Setiap ibu dan bayi memiliki ikatan mereka tersendiri, oleh itu, temukan cara yang tepat untuk anda dan anak anda membina ikatan emosi bersama.

Tiktok: winkybabyy
Instagram: winkybabyy_
Facebook: Winky Baby
Email: winkybaby23@gmail.com
Pejabat: 03-92851322
Khidmat Pelanggan: 011-57656445

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here