Siapa kat sini ada cita-cita nak jadi pakar doktor gigi? Dah tahu ke belum karier prospek sebagai doktor gigi ni? Susah ke senang? Kalau nak tahu jom sambung baca info dekat bawah

Setiap bidang yang kita pilih untuk persue , peluang kerjaya sangat besar dan banyak cabang, Kalau nak jadi doktor perubatan bukan hanya merawat pesakit tapi banyak cabang yang boleh diceburi antaranya surgery, emergency, phycology dan lain-lain. Selain dari itu , Veterinar bukan hanya jadi doktor untuk merawat haiwan malah boleh jadi seorang veterinar bahagian grooming , ladang dan lain-lain. Sama juga macam dentist, bukan kata hanya jadi doktor untuk bersihkan gigi pesakit Sahaja tapi boleh ceburi pelbagai bidang kepakaran iaitu: –

Doktor pergigian boleh memilih untuk menceburi bidang kepakaran seperti:

  • Ortodontik (rawatan pendakap gigi dan penjajaran gigi)
  • Pembedahan Oral (contoh: pembedahan gigi bongsu, pembetulan rahang)
  • Periodontik (penyakit gusi)
  • Prostodontik (pemasangan gigi palsu, implant)

Selain dari itu, Anda juga boleh bekerja di Klinik Swasta atau Kerajaan

Doktor pergigian boleh bekerja di sektor kerajaan atau membuka klinik swasta sendiri. Cuma untuk sampai ke tahap ini anda perlu ikut prosedur Kerajaan MDC (Malaysian Dental Council). Kalau di sektor kerajaan, pekerjaan lebih stabil dan kurang berisiko.

BACA JUGA :   Senarai Universiti Luar Negara Tawar Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Malaysia
Pathway untuk Doktor Pergigian

Nak bekerja di luar negara anda perlu lebih banyak buat research untuk kelayakan di negara tersebut sebab setiap negara prosedur pengambilan doktor perubatan, doktor gigi, doktor veterinar dan lain-lain berbeza . Perlu ikut prosedur agensi kerajaan negara tersebut.

Pengajaran dan Penyelidikan

Doktor pergigian juga plan untuk tukar Haluan kea rah bidang akademik, maksudnya dari jadi doktor gigi boleh tukar menjadi lecture di universiti atau kolej pergigian dan terlibat dalam penyelidikan pergigian. Hal Ini dapat membuka jalan untuk inovasi dalam teknologi pergigian serta mengembangkan lagi rawatan dan penjagaan gigi.

Peluang di Luar Negara

Doktor pergigian yang mempunyai kelayakan antarabangsa atau sanggup menambah kelayakan boleh mencari peluang pekerjaan di luar negara, terutama di negara maju yang menghargai pakar pergigian berkualiti.

Apa tugas utama sebagai seorang doktor gigi ni? Tugas seorang doktor gigi adalah menjaga kesihatan gigi, gusi dan mulut pesakit.

Pemeriksaan Kesihatan Mulut: Memeriksa keadaan gigi, gusi, dan tisu mulut untuk mengenal pasti masalah seperti kaviti, penyakit gusi, dan tanda-tanda awal kanser mulut.

Pembersihan dan Penjagaan Gigi: Melakukan pembersihan gigi profesional untuk membuang plak dan tartar, serta memberikan rawatan fluoride untuk menguatkan gigi.

BACA JUGA :   Sentiasa Berpeluh Semasa Tidur Malam? Ini Tips untuk anda !

Rawatan Gigi: Melakukan prosedur seperti tampalan gigi, pembuangan gigi, rawatan saluran akar (root canal), dan pemasangan mahkota gigi atau jambatan gigi.

Penjagaan Pencegahan: Memberikan nasihat tentang cara penjagaan gigi yang betul, termasuk teknik memberus, penggunaan flos, diet, dan langkah-langkah untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit mulut.

Pemulihan Estetik: Membantu dalam pemulihan estetik dengan memasang braces, veneers, atau implan untuk memperbaiki penampilan gigi.

Pembedahan Mulut: Melakukan pembedahan mulut seperti pencabutan gigi geraham bongsu, pembetulan masalah rahang, dan implantasi gigi.

Mendiagnosis dan Merawat Penyakit Mulut: Mengesan penyakit seperti gingivitis, periodontitis, dan infeksi lain yang memerlukan rawatan khusus.

Pengurusan Pesakit: Memberikan rawatan yang selamat dan efisien, merancang rawatan jangka panjang, serta menenangkan pesakit yang mungkin mengalami fobia atau kecemasan terhadap rawatan gigi.

Bestkan? kalau jadi doktor gigi ni, kebersihan gigi memang akan terjaga dan sihat. Selain dari itu , dapat menceburi pelbagai bidang pekerjaan .

SIAPA NAK JADI DOKTOR GIGI DI USIA MUDA? JADI PELAJAR GRADUATE DARI LUAR NEGARA DI UNIVERSITI YANG DIIKTIRAF PENUH KERAJAAN MALAYSIA! 

Nak tahu lebih details? boleh hubungi nombor yang tertera dibawah:-

Customer services: 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here