Setiap perkara baru yang kita nak buat mesti ada cabarannya, sama juga macam bahasa. Bila kita berkeinginan cuba nak belajar bahasa baru mesti perlukan waktu untuk kita faham dan hafalkan setiap huruf dan intonasi bahasa tersebut.

Belajar bahasa baru ni best tapi perlukan usaha dan konsisten yang baik untuk kekalkan pembelajaran dari hari ke hari supaya lebih cepat kita fahami dan lebih cepat kita boleh berbahasa dalam dialek negara tersebut.

  1. Tetapkan Maklumat 

Kita perlu tentukan sebab yang kukuh kenapa kita nak belajar bahasa negara tersebut sebagai contoh untuk kegunaan dan pengetahuan bila kita nak travel, kerja, atau keinginan peribadi. Sebab itu, matlamat kita perlu lebih jelas supaya dapat berikan diri kita motivasi tambahan.

2. Ambil Kelas atau Kursus Bahasa 

Zaman sekarang ni banyak sangat orang yang buka kelas dan kursus untuk setiap bahasa tau. Kalau anda nak konsisten dan cepat fahami cuba daftar kelas & kursus bahasa. Untuk langkah yang pertama, anda memang perlukan bantuan seperti ini. Kelas bahasa dan kursus dapat memberikan ada pengetahuan lebih dalam pembelajaran yang lebih mendalam tentang tatabahasa dan kosakata.

3. Gunakan Aplikasi dalam talian 

Untuk teknik yang lebih pantas juga anda boleh cuba muat turun aplikasi bahasa seperti Duolingo, Babbel dan lain-lain untuk membantu untuk anda dalam belajar bahasa dengan cara yang interaktif dan efektif. Setiap aplikasi ada sistem tersendiri mendengar, membaca, menulis dan bercakap.

4. Tonton dan dengar 

Tahu tak? Menonton filem, drama, siri TV, mendengar muzik dan lain-lain bahasa boleh bantu anda membiasakan diri dengan sebutan dan intonasi tau. Contohnya macam Kdrama, ada orang yang mereka boleh berbahasa korea dari cerita sahaja & ada yang dari muzik.

Oleh itu, bila kita nak belajar sesuatu perkara baru pertama sekali perlukan matlamat, usaha dan konsisten supaya apa yang kita buat lebih mudah untuk difahami sebab selari dengan tujuan.

Nak belajar bahasa asing ni sebenarnya mudah kalau kita konsisten dan usaha lebih untuk mencapai matlamat masing-masing. Bolehlah lepasni nak Study oversea kan? hehehe…

 

 BERMINAT NAK SAMBUNG BELAJAR OVERSEA DI RUSIA? INDONESIA? BANGLADESH? MESIR ATAU PUN POLAND? 

HUBUNGI KONSULTAN DIBAWAH UNTUK MAKLUMAN LEBIH LANJUT:-

Customer Services: 018-9624322

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here