Ramai pelajar bercita-cita ingin menjadi doktor, tetapi persaingan sengit dan kuota terhad di universiti tempatan sering menjadi halangan. Justeru, ramai yang memilih laluan alternatif iaitu melanjutkan pengajian perubatan di luar negara. Namun, timbul persoalan iaitu bolehkah graduan perubatan dari luar negara bekerja di Malaysia?
Sebenarnya ramai doktor di Malaysia adalah graduan dari luar negara. Tetapi untuk diiktiraf dan berkhidmat di Malaysia, graduan mesti memenuhi beberapa syarat penting antaranya:
-
Universiti Mesti Diiktiraf oleh MMC (Malaysian Medical Council)
Pastikan universiti luar negara yang dipilih tersenarai dalam Senarai Universiti Diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia.
2. Lulus Peperiksaan Kelayakan (Medical Qualifying Examination)
Graduan luar negara yang universiti mereka tidak tersenarai perlu menduduki peperiksaan kelayakan untuk membuktikan tahap pengetahuan setara dengan graduan tempatan.
3. Menjalani Latihan Housemanship (HO)
Setelah diiktiraf, graduan wajib menjalani latihan Housemanship di hospital kerajaan selama 2 tahun. Ini adalah syarat sama seperti graduan IPTA tempatan.
4. Berdaftar dengan MMC
Graduan mesti berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) untuk dapat lesen amalan.
Perkara paling penting sebelum ke luar negara adalah buat pilihan universiti dengan teliti. Dapatkan nasihat daripada konsultan pendidikan yang berpengalaman agar:
- Universiti yang dipilih diiktiraf MMC
- Peluang latihan Housemanship terjamin
- Kos pengajian sesuai dengan bajet
Belajar perubatan di luar negara sememangnya satu peluang baik tetapi perlu diurus dengan betul supaya graduan tidak berdepan masalah semasa mendaftar sebagai doktor di Malaysia.
Jangan risau, ramai pelajar Malaysia yang berlajar di luar negara sudah berjaya. Anda juga boleh!
Kalau anda perlukan bimbingan untuk pilih universiti perubatan luar negara yang diiktiraf dan sesuai dengan kelayakan, Daulah Educonsult sedia membantu.
Hubungi mereka hari ini dan mulakan perjalanan anda untuk masa depan yang cerah.
Anda boleh berhubung dengan konsultan Daulah Educonsult melalui link tersebut:
Medic di Rusia > https://apply.daulahmedic.com/medic-rusia-farhana
Medic di Indonesia > https://apply.daulahmedic.com/indonesia-farhana