Bagi pelajar yang bercita-cita menjadi doktor, Rusia kini menjadi salah satu destinasi paling popular di kalangan pelajar Malaysia. Dengan yuran pengajian yang berpatutan, universiti diiktiraf dan peluang pendedahan klinikal yang luas, ramai memilih Rusia sebagai langkah pertama ke arah kerjaya perubatan. Namun, sebelum berangkat, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu dan bersedia.
- Pilih Universiti yang Diiktiraf
Tidak semua universiti luar negara diiktiraf oleh pihak berkuasa Malaysia. Untuk memastikan ijazah anda sah digunakan di Malaysia, semak pengiktirafan melalui:
- MQA (Malaysian Qualifications Agency)
- WHO (World Health Organization)
- Senarai MMC (Malaysian Medical Council)
Antara universiti popular yang diiktiraf:
- Kursk State Medical University
- Volgograd State Medical University
- Privolshky Research Medical University
- I.M. Sechenov First Moscow State Medical University
2. Persediaan Dokumen & Visa
Proses permohonan visa pelajar Rusia memerlukan:
- Surat tawaran daripada universiti
- Pasport dengan tempoh sah sekurang-kurangnya 18 bulan
- Sijil kesihatan & vaksinasi
- Gambar pasport mengikut spesifikasi
Pastikan semua dokumen disediakan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan. Biasanya untuk pertama kali, akan ada pihak pengurusan yang bantu uruskan dan beri nasihat seperti Daulah Educonsult.
3. Persediaan Cuaca & Iklim
Rusia terkenal dengan musim sejuk yang ekstrem- suhu boleh mencecah -20°C hingga -30°C di sesetengah kawasan.
Tips persediaan:
- Bawa pakaian musim sejuk berkualiti. Dinasihatkan untuk membeli di negara tersebut sebab mereka lebih tahu cuaca dan kualiti pakaian untuk musim sejuk dan boleh didapati dengan harga lebih murah (jaket tebal, thermal wear, sarung tangan, topi bulu)
- Gunakan kasut kalis air & slip-proof
- Simpan lotion dan lip balm untuk elak kulit kering
4. Makanan Halal & Kehidupan Harian
Kebanyakan bandar universiti di Rusia mempunyai kedai runcit atau restoran halal, terutama yang ada komuniti pelajar Muslim.
- Sertai komuniti pelajar Malaysia di sana untuk berkongsi info tempat makan halal
- Belajar masak hidangan asas sebelum berangkat
5. Bahasa & Pembelajaran
Walaupun banyak program perubatan ditawarkan dalam bahasa Inggeris, pelajar akan diajar bahasa Rusia untuk komunikasi harian dan klinikal.
- Manfaatkan kelas bahasa yang disediakan
- Latih asas bahasa Rusia sebelum berangkat untuk memudahkan adaptasi
6. Kos Pengajian & Sara Hidup
Secara purata:
- Yuran pengajian: USD 4,000- USD 7000 setahun (sekitar RM18,000-RM32,000)
- Kos sara hidup: USD 200- USD 400 sebulan (sekitar RM800- RM1,800)
Bergantung kepada bandar – Moscow lebih mahal berbanding bandar seperti Kursk atau Volgograd.
7. Sokongan Komuniti & Keselamatan
- Sertai Persatuan Pelajar Malaysia di Rusia untuk sokongan sosial & akademik
- Simpan nombor kedutaan Malaysia di Moscow untuk kecemasan
- Sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling terutama di kawasan bandar besar
Belajar perubatan di Rusia adalah peluang berharga untuk mencapai impian menjadi seorang doktor dengan kos yang lebih berpatutan berbanding negara Barat. Dengan persediaan yang rapi dari segi dokumen, kewangan, mental dan fizikal, pengalaman ini akan menjadi perjalanan yang membuka mata dan memberi nilai tambah kepada kerjaya anda.
Jika anda atau anak anda berminat untuk intake tahun ini, pastikan proses permohonan dibuat awal agar semua persediaan berjalan lancar.
Masih buntu bagaimana nak mulakan langkah pertama? Anda boleh hubungi konsultan Daulah Educonsult untuk panduan lanjut mengenai sambung belajar luar negara. Daulah Educonsult berpengalaman lebih dari 10 tahun menguruskan pelajar yang berminat untuk sambung belajar luar negara.
https://apply.daulahmedic.com/medic-rusia-farhana
https://apply.daulahmedic.com/medic-rusia-farhana
https://apply.daulahmedic.com/medic-rusia-farhana