Hi Daulahians! Nak tahu job scope untuk farmasi ni luas sangat sebenarnya. Ini beberapa senarai kerjaya bagi bidang farmasi.

Farmasi Komuniti: Ahli farmasi komuniti bekerja di farmasi runcit atau kedai ubat seperti di drugstore, untuk memberi ubat, menawarkan kaunseling kepada pesakit, dan memberi nasihat mengenai penggunaan ubat yang selamat.

Farmasi Hospital: Dalam persekitaran hospital, ahli farmasi bekerja bersama doktor dan jururawat untuk menyediakan ubat, menilai interaksi ubat, dan menyesuaikan rawatan ubat berdasarkan keperluan pesakit.

Farmasi Industri: Terdapat pelbagai peluang untuk ahli farmasi dalam syarikat farmaseutikal, seperti melakukan penyelidikan dan membangunkan ubat baharu, memastikan kawalan kualiti, serta terlibat dalam proses pengeluaran. Ahli farmasi juga memainkan peranan dalam ujian klinikal untuk menilai keselamatan dan keberkesanan ubat.
Farmasi Klinikal: Ahli farmasi klinikal bekerja secara langsung dengan pasukan perubatan di hospital atau klinik untuk memilih dan memantau rawatan ubat untuk pesakit, dengan memberi fokus kepada hasil yang optimum.

Akademik dan Pendidikan: Ahli farmasi juga boleh menjadi pensyarah di institusi pengajian tinggi, melatih generasi baru dalam kursus farmasi. Selain mengajar, mereka membimbing pelajar dalam latihan praktikal, penyelidikan, dan menyelia projek akhir atau tesis.
Dapat sesuatu kan? Jika anda berminat untuk ceburi bidang farmasi tapi tidak tahu bagaimana nak mulakan, anda boleh hubungi konsultan Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam menguruskan pelajar yang berminat untuk sambung belajar peringkat tinggi di luar negara. Anda boleh dapatkan sesi konsultasi secara percuma bersama Daulah Educonsult. Dalam sesi tersebut, mereka akan bincangkan tentang syarat kelayakan, maklumat universiti, pengurusan kewangan dan juga laluan kerjaya anak anda. Tidak lupa juga mereka akan uruskan dari A hingga Z sampai pelajar tiba di Universiti dan akan berhubung sehingga pelajar tamat belajar.
Anda boleh klik disini untuk permohonan sambung belajar di luar negara> https://apply.daulahmedic.com/general-studyabroad
 
                 
 
