Cetusan idea daripada 2 pemuda yang ingin mencuba menu burger baru membawa tuah apabila hidangan burger udang galah dan sotong pantas mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat makanan segera, terutamanya di negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Setelah gambar hidangan terbaru itu dimuat naik di media sosial, para pembeli berpusu-pusu berkunjung ke gerai tersebut untuk mencubanya. Kehadiran ramai pelanggan menghasilkan rezeki yang mencurah-curah kepada 2 orang pemuda yang bernama Muhammad Rudy dan Ahmad Firdaus itu. Malah, mereka sememangnya ‘tak cukup tangan’ kerana terlampau banyak pesanan burger yang diminta setiap hari.
Kedua-dua mereka yang berusia awal 20-an hanyalah berniaga burger biasa sahaja sebelum ini, sehinggalah satu hari seorang pelanggan yang merupakan kaki pancing meminta supaya memasak udang galah yang dikail dan dijadikan sebagai isi burger.
Tanpa diduga, hidangan burger udang galah itu menepati citarasa ramai pelanggan. Disebabkan sambutan yang menggalakkan, mereka mendapat satu lagi idea baru untuk menghasilkan burger sotong.
Bermula dari situlah hidangan burger udang galah dan sotong terus dijadikan sebagai menu tetap. Burger udang galah dijual dengan harga RM8 manakala burger sotong berharga RM6.
Semoga kejayaan dua anak muda ini mencetuskan menu baru dalam hidangan makanan dapat menjadi inspirasi kepada pengusaha-pengusaha makanan di luar sana supaya lebih kreatif dalam menghasilkan menu yang menepati citarasa pelanggan.
Sumber : Utusan
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com