Gambar yang mula tular di laman media sosial facebook menunjukkan kakitangan perkhidmatan penerbangan tambangan murah AirAsia itu, mencium bagasi para penumpang sebagai tanda sayang dan ambil berat tentang barangan pelanggan mereka.

 

Loading...

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun facebook, Mohd Amir Izzat. Gambar itu dimuat naik sebanyak 20 gambar pengendali bagasi syarikat penerbangan itu yang sedang mencium dan memeluk bagasi penumpang.

Malah, perkongsian itu turut diselitkan ayat yang menunjukkan mereka sanggup menguruskan bagasi-bagasi itu walaupun ianya sebenarnya berat. Turut disertakan kata-kata ucapan meminta maaf atas kesilapan sebelum ini.

“Wahai beg, tidak kira betapa beratnya ketika diangkat, tetapi kami akan uruskan dengan ciuman dan  perlindungan,” ucapan Amir pada perkongsian tersebut.

BACA JUGA :   Siapa Dah Jadi Ahli AirAsia BIG? Berita Gembira Buat Anda

Beserta hashtag yang digunakan iaitu; #KISSTHEBAG #wearetogetherwithyoutony #kamiinsanbiasayangpunyaikelemahan.

DEAR BAG," DOESN'T MATTER HOW WEIGHT IS THE BAG WAS, WE WILL HANDLE WITH KISS AND CARE……LOVE YOU BAG😍😘We all…

Posted by Mohd Amir Izzat on 25hb Mac 2018

Tindakan itu dilihat sebagai aksi lucu dan mencuit hati netizen. Bukan sekadar menunjukkan kepada orang ramai akan tetapi disebabkan oleh insiden yang berlaku sebelum ini yang mana sebuah video tular menunjukkan kakitangan AirAsia mencampakkan basikal milik penumpang mereka.

Sehubungan itu, mereka memohom maaf atas kesilapan lalu sekali gus mewakili seluruh kakitangan syarikat penerbangan AirAsia, dan berharap masyarakat di seluruh negara terus memberi sokongan kepada operasi penerbangan syarikat berkenaan.

BACA JUGA :   Pramugari-Pramugari Muslim Kini Wajib Memakai Tudung Untuk Penerbangan Ke Aceh

Masyarakat seluruhnya sangat terhibur dengan tindakan tersebut setelah kakitangan berkenaan ditergur dan membuatnya sebagai satu jenaka. Bagaimanapun terdapat seglintir memberikan pesanan agar jenaka itu bukan sekadar ‘drama’ dan mereka tidak mahu perkara seperti itu berulang.

Bukan mudah untuk menjalankan tugas jika tidak mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri untuk melaksanakannya. Kakitangan syarikat penerbangan lain juga alangkah baiknya mencontohi sikap ‘orang Jepun’ menguruskan bagasi-bagasi para penumpang mereka. lihat video ini…

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here