Apa aktiviti anda seisi keluarga hujung minggu ini? Tak kan duduk rumah tengok televisyen sahaja kan? Mestilah kena ada aktiviti dibuat baru tidak bosan. Apa kata, bagi anda yang tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang dan kawasan berdekatan tak payah pergi jauh-jauh,  dekat Kuala Lumpur ni pun banyak tempat menarik yang boleh anda lawati.

Di sini kami kongsikan kepada anda beberapa tempat yang ‘best’ untuk anda seisi keluarga luangkan masa bersama atau bersama rakan-rakan.

District 21

tempat menarik

Ada diantara warga kota Kuala Lumpur tidak pernah dengar kan tentang District 21? Buat pengetahuan anda, District 21 terletak di salah sebuah pusat membeli-belah paling popular di Malaysia iaitu IOI Mall, Putrajaya.

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak pastinya akan tertarik untuk datang ke sini. Antara aktiviti yang patut anda cuba bersama anak-anak seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider untuk merasai pengalaman Ber’flying fox’, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Free Fall, Low Ropes dan akhir sekali Tubby Ride. Aktiviti ini juga boleh dilakukan oleh kanak-kanak.

Waktu operasi pada setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 12.00pm hingga 8.00pm. manakala, Sabtu, Ahad,Cuti Umum dan Cuti Sekolah, bermula jam 10.00am sehingga 8pm. Bayaran kemasukan sebanyak RM58/pax pada hari Isnin sehingga Jumaat. Manakala hari Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah RM75/pax. Anda boleh datang ke lokasi level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya. Maklumat lanjut, layari www.district21.com.my

Taman Burung Kuala Lumpur

tempat menarik

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, memang sesuailah untuk anda sekuluarga berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur. Di sini, anda boleh melihat sangkar habitat burung-burung yang eksotik dari seluruh pelusuk dunia. Taman burung ini terbahagi kepada 4 zon. Setiap zon menempatkan sepsis burung yang berbeza. Anda akan beriadah sambal mendapat ilmu buat anda dan anak-anak anda. Sesuai sangat nuat ibu bapa yang membawa anak-anak kecil.

Lokasi ini terletak di KL Bird Park, Jalan Cenderawasih, Kuala Lumpur. Anda boleh berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur ini setiap hari, bermua jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Tiket bayaran dikenakan sebanyak RM27 bagi warganegara, bagi kanak-kanak (3-11 Tahun) RM13. Manakala bagi pelancong akan dikenakan sebanyak RM50 dan RM41 kepada kanak-kanak(3-11 Tahun). Maklumat lanjut, layari http://suriatravel2u.com/

Aquaria KLCC

tempat menarik

Haa, bagi orang Kuala Lumpur tak kan tak pernah  dengar Aquaria KLCC? Lokasi ini pastinya menjanjikan pengalaman yang hebat buat anda sekeluarga. Ruang ini menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut. Tarikan utama di sini ialah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Tempat ini mensaljikan banyak ilmu buat anak-anak dan juga ibu bapa.

Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lessen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air. Bagi yang tiada lessen, jika anda berminat, anda masih berpeluang untuk menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan ke dalam sangkar dan diselamkan di dalam air. Menarik bukan!.

Lokasinya terletak di Kuala Lumpur Convention Centre. Anda juga boleh datang ke sini dengan menaikki pengangkutan awam seperti bas, LRTdan sebaginya. Waktu operasi bermula 10 pagi hingga 8 malam, pada setiap hari. Harga kemasukan bagi dewasa(MyKAD) sebanyak RM49, Biasa RM69. Manakala bagi kanak-kanak(MyKID) sebanyak RM39, biasa RM59. Bagi warga Emas MyKAD: RM39,Biasa RM49. Maklumat lanjut, layari www.commons.wikimedia.org

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

tempat menarik

Tahukah anda!, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur merupakan taman rama-rama terbesar di dunia. Mempunyai lebih 6000 jenis rama-rama disekitar tumbuhan eksotik ini, pastinya akan menarik minat si kecil untuk datang melihat haiwan yang comel dan cantik ini. Bukan itu sahaja, haiwan lain turut juga ditempatkan di sini seperti ikan koi,ungags dan serangga eksotik.  Terdapat juga muzium yang boleh anda lawati di sini. Muzium ini mengumpulkan pelbagai koleksi rama-rama yang jarang kita dapat lihat.

Dibuka kepada pelawat setiap hari bermula jam 9pagi hingga 6 petang. Lokasi terletak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Harga kemasukan bagi dewasa(MyKAD): RM12, pelancong: RM25. Manakala, kanak-kanak(MyKID): RM7, Pelancong RM14.

Kuala Lumpur Upside Down

tempat menarik

Satu lagi keistimewaan yang terdapat di Kuala Lumpur ialah rumah terbalik. Kalau anda tidak pernah berkunjung ke rumah terbalik ini, anda boleh lah mengajak keluarga anda untuk datang ke sini. Pastinya, kunjungan ke rumah terbalik ini akan memberikan keseronokan kepada anak-anak anda menghabiskan cuti hujung minggu. Rumah terbalik ini merupakan rumah terbalik tertinggi di Malaysia.

Anda akan rasai pengalaman baru, kerana dalam rumah ini, semua barang terbalik tau. Bila anda masuk, badan anda pun akan terbalik juga. Lokasi ini terletak di KL Tower, Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hngga 7 petang. Harga berpatutan yang dikenakan sebanyak RM15, bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Maklumat lanjut, layari http://speciality-weekendtreat.blogspot.my/

SKYBOX KL Tower

tempat menarik

Aktiviti di sini sangat menyeronokkan anda. Terutamanya bagi yang suka melakukan aktiviti mencabar. Aktiviti ini akan menaikkan adrenalin anda. Cuba anda bayangkan, anda akan berdiri atas kaca dalam ketinggian Menara Kuala Lumpur. Memang gayat lah jawapannya. Lokasi ini sangat menarik untuk bergamabar.

Lokasi terletak di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur. Waktu operasi dari jam 9pagi hingga 10 malam. Untuk anda mengetahui tentang harga begi setiap aktiviti dilakukan, anda boleh layari layari http://www.skyscrapercity.com/

Apa tunggu lagi? ‘set date’ anda bersama keluarga dan insan tersayang. Sudah semestinya aktiviti-aktiviti yang kami kongsikan ini akan memberikan pengalaman yang menarik kepada anda semua.

Sumber: Jom Jalan

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here