Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti berkaitan alam semulajadi dan santai di kelilingi hutan, apa kata anda cuba untuk lawati Taman Negeri Royal Belum. Hutan Belum terletak dalam daerah Hulu Perak. Lokasi ini bersempadan dengan Thailand disebelah utara dengan Lebuhraya Timur-Barat diselah selatan dan disebelah Timur bersempadan dengan Negeri Kelantan. Kawasan ini mempunyai keluasan 117,500 hektar.

Royal Belum Anda yang mengunjungi Taman Negeri Royal Belum akan merasai sendiri keindahan Royal Belum tentang keaslian suasana kehijauan yang masih dikekalkan sehingga sekarang. Sejarah nama “ Belum” dikatakan berasal daripada bunyi yang dipancarkan oleh serangga kayu yang berbunyi seperti “Belummm, Belummm”.

Bagi anda yang mahu bercuti disini, cara untuk ke Royal Belum, jika anda dari utara mahupun selatan, anda boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan terus sehingga Kuala Kangsar. Keluar di Kuala Kangsar, anda perlu menggunakan jalan Kuala Kangsar-Grik-Pulau Banding. Bila Tiba di Pulau Banding, anda akan berjumpa dengan Jeti Aman Jaya, Grik dan boleh menaiki bot untuk ke Royal Belum. Untuk pergi ke Royal Belum, anda perlu akses menggunakan bot dengan permit yang sah.

Permit bagi Warganegara Malaysia, berharga RM10 manakala RM20 dikenakan kepada pelancong asing. Permit anda akan siap dalam tempoh 24 jam.

Anda hanya perlu menghantar nama dan nombor kad pengenalan ke alamat email taman_negeri@yahoo.com.my. Anda jangan risau tentang keselamatan kerana ekspedisi anda meneroka Royal Belum akan ditemani oleh ranjer perhutanan dan anda perlu patuhi segala arahan yang diberikan.

Disini kami berkongsi dengan anda, antara tarikan yang menarik terdapat di Royal Belum dan wajib anda lawati jika ke sini.

Royal Belum

  • Bunga Rafflesia

Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii. Jika anda bertuah, anda boleh nampak bunga ini kembang megah.

Jangka hayat bunga Rafflesia sekejap sahaja. Bunga ini boleh kembang dan mati dalam masa dua minggu sahaja. Biarpun telah berwarna kehitaman, tapi masih tetap cantik.

  • Perkampungan Orang Asli

Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito. Mereka menerima lawatan anda dengan hati dan tangan terbuka.

Kelibat anak-anak Orang Asli yang comel dan malu-malu ini begitu menceriakan. Jika anda berkesempatan ke sini, bawalah beberapa saguhati seperti makanan dan permainan untuk diberikan pada kanak-kanak Orang Asli. Sumbangan juga boleh diberikan pada tabung sumbangan mereka. Mereka akan sangat menghargainya.

Royal Belum

  • Salt Lick

Tahukah anda apa itu salt lickSalt lick adalah kawasan dimana terdapatnya garam mineral terkumpul dan pelbagai haiwan akan datang ke kawasan tersebut dan menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan ini berkumpul. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.

  • Santuari Ikan, Air Terjun Ruok

Tiada apa yang lebih menenangkan di Royal Belum ini apabila melihat ikan-ikan bebas berenang menikmati makanan yang kita berikan. Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Apabila tiba, anda boleh menikmati keindahan air terjun, mandi-manda serta memberi ikan makan.

Royal Belum

  • Air Terjun Sungai Kooi

Bagi penggemar aktiviti mendaki, Air Terjun Sungai Kooi akan mengujakan anda. Daripada jeti, anda perlu mendaki trek yang mudah untuk sampai ke air terjun ini. Setengah jam mendaki naik, anda akan bertemu dengan sebuah air terjun tinggi yang sangat cantik. Segala penat Lelah anda mendaki akan hilang sekelip mata setelah melihat keindahan ciptaan Tuhan ini.

Royal Belum

  • Burung Enggang

Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum. Jika anda bernasib baik, anda boleh nampak burung ini hinggap di pokok.

Royal Belum

  • Kem Royal Belum

Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya. Namun lebih istimewa, anda boleh memilih tinggal di rumah bot yang berlegar-legar di sekitar sungai. Rumah bot akan memberikan anda satu pengalaman baru dimana anda tidur, makan dan menikmati keindahan sungai belum dari dalam bot yang besar.

  • Belum Rainforest Resort

Selain terkenal dengan keindahan flora dan faunanya, antara yang menarik perhatian orang untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa. Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Anda akan kagum dengan binaannya yang mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang. Sambil berehat menikmati ketenangan alam, anda juga boleh mengambil pakej-pakej aktiviti hutan Royal Belum yang tersedia.

 

Royal Belum

Anda hanya perlu patuh kepada arahan yang disediakan oleh Perbadanan Taman Negeri, Perak Darul Ridzuan.

Untuk tidak terlepas sebarang tips-tips  kesihatan yang bermanfaat, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Wonderful Malaysia

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here