Yusuf Azmi PPIM

Yusuf Azmi Undur Diri

Akibat dikhianati pengadu dan serangan kecaman bertali-arus oleh masyarakat, Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi mengumumkan keluar daripada persatuan itu secara rasmi.

 

Loading...

Keputusan itu dibuat selepas beliau mendakwa tidak tahan de­ngan tuduhan-tuduhan yang harus dihadapi sehingga membabitkan ahli keluarganya sendiri.

Yusuf Azmi tenyata kecewa dengan respon masyarakat yang tidak putus-putus mahu menjatuhkannya dengan pelbagai cara.

Yusuf Azmi PPIM
Sumber foto : Utusan

“Sudahlah tidak berterima kasih, anda khianati pula saya dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.

“Selama empat tahun dalam PPIM, pelbagai rintangan telah saya lalui dan kini saya letih untuk teruskan perjuangan dalam PPIM,” ujarnya lagi.

BACA JUGA :   Isu Wanita Islam Tidak Boleh Bertudung Ketika Bekerja Di Hotel, Ini Respon 'Panas' Dari PPIM
Yusuf Azmi PPIM
Sumber foto : PPIM

Antara tuduhan terbaru yang dilemparkan kepada Yusuf termasuklah disabitkan menyeleweng wang ahli PPIM kira-kira 1,000 orang sehingga membolehkan dia dan ahli keluarganya memiliki kenderaan mewah.

Apa-apapun, keputusan Yusuf Azmi sama sekali tidak melibatkan konflik dalaman PPIM. Persatuan itu menghormati prinsip dan keputusan beliau setelah mengadakan perbincangan secara positif.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan. Sumber foto : PPIM

Meskipun ramai ahli yang tidak bersetuju Yusuf Azmi mengundurkan diri, namun PPIM mahu bersikap profesional dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

Sebaik sahaja mengumumkan pengunduran diri, Yusuf dilihat menangis dan memeluk Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan kerana tidak dapat menahan sebak.

Sumber : Utusan

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

BACA JUGA :   PDRM Dedahkan Beberapa VIP Berpangkat Tan Sri & Datuk Seri Adalah Dalang Kepada '9 Dragon'

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here