Penyanyi terkenal Aiman Tino ditampar oleh Fazlina, membuatkan penyanyi terkenal itu terkejut dengan tindakan dilakukan terhadapnya. Apabila wajah ‘macho’ itu ditampar oleh Fazlina menyebabkan beliau berada di suatu sudut kesedihan dan sedikit emosi.

 

Loading...

Tapi apakah tindakan Aiman Tino? Beliau tidak melakukan apa-apa tindakan sekalipun memarahi orang yang memberi tamparan itu, kerana tindakan tersebut adalah sebagai langkah membantu penyanyi terkenal itu mendapatkan emosi.

Eh, emosi apa pula? Demi mendalami watak Kumin dalam drama bersiri, Mak Cun, Aiman Tino sanggup ditampar berulang kali agar emosinya untuk melakonkan watak yang diberikan dalam lakonan berkenaan.

Pada mulanya, penyanyai muda terkenal itu agak terkejut dengan tindakan Fazlina Ahmad Daud yang juga merupakan pelakon senior, dengan menggunakan pendekatan tersebut untuk membawa emosi di dalam diri Aiman Tino.

BACA JUGA :   Usia Muda Bukan Halangan Aiman Tino Bergelar Pengarah Urusan

Tatapi tindakan tersebut diambil secara positif oleh penyanyi muda itu. Mungkin sukar bagi seorang penyanyi untuk bertukar menjadi seorang pelakon yang perlu berlakon adegan marah sambil menangis. Oleh itu Fazlina yang sudah lama berada dalam kerjaya tersebut bertindak menampar Aiman secara berkali-kali.

aiman tino
gambar hiasan

Demi lakonan Aiman sanggup. Walaupun agak sakit tetapi beliau tidak sedikit pun menyimpan perasaan marah, sebaliknya memahami kehendak tugasnya sebagai watak yang perlu melakonkan adegan marah sambil menangis.

“Tak marah pun, sebab saya sangat faham apa kehendak watak tersebut. Ingat senang untuk berlakon tapi agak susah sebenarnya. Saya berasa sangat seronok dan teruja dengan dunia lakonan,” kata penyanti Ku Rela Dibenci.

Sungguhpun begitu, Aiman Tino sebenarnya sama sekali tidak menyangka beliau akan berlakon dalam watak Mak Cun. Jika sebelum ini, beliau hanya mengetahui ibunya Hazelina bergurau senda dengan Erma Fatima yang mahukan dirinya berlakon dalam siri popular itu, malah menjadi satu kenyataan.

BACA JUGA :   Usia Muda Bukan Halangan Aiman Tino Bergelar Pengarah Urusan

Tahniah Aiman Tino, berlakon bukan perkara mudah kerana memerlukan kita untuk menjiwai setiap watak yang diberikan. Teruskan usaha, Mak Cun.

Untuk tidak terlepas sebarang tips-tips  kesihatan yang bermanfaat, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here