Musim Hujan Lebat…

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dengan cuaca hujan lebat, kemungkinan banjir kilat dan angin kencang ketika musim peralihan monsun yang dijangka bermula esok.

 

Fasa peralihan monsun itu akan berterusan sehingga pertengahan Mei tahun ini sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut.

hujan lebat

Dalam tempoh ini, kebanyakan negeri di seluruh negara akan mengalami tiupan angin daripada pelbagai hala dengan kelajuan yang rendah.

Lazimnya, keadaan cuaca semasa tempoh itu adalah hujan lebat, ribut petir dan angin kencang terutamanya pada waktu petang dan awal malam

Ia lebih kerap berlaku di kawasan negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

BACA JUGA :   PAS Ketepikan Sentimen Politik, Utamakan Bantu Mangsa Banjir Di Pulau Pinang

Negeri-negeri pantai timur juga terlibat termasuklah Kelantan, Pahang dan Terengganu.

hujan lebat

Dilaporkan, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang mungkin akan mengakibatkan banjir kilat dan kemusnahan harta benda yang berstrukur lemah.

Justeru, anda dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan utamakan keselamatan. Ambil langkah berjaga-jaga sekiranya perlu.

Sumber : BERNAMA

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here