Pada hari Jumaat 8 Disember 2017, ribuan rakyat Malaysia telah berhimpun untuk membantah keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf tanah suci Palestin (Baitulmaqdis) itu sebagai ibu negara Israel. Demontrasi aman anjuran pelbagai NGO itu dilakukan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat yang merupakan sekutu kuat rejim zionis Israel.

baitulmaqdis
Ribuan rakyat Malaysia berhimpun bagi membela Baitulmaqdis, tanah suci Palestin. Kredit foto : MyNewsHub
khairy jamaluddin baitulmaqdis
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut sertai demonstrasi aman tersebut. Kredit foto : MyNewsHub

Himpunan itu turut disertai PAS dan lebih 100 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

yusuf azmi baitulmaqdis
Yusuf Azmi juga hadir bagi pihak PPIM. Sumber foto : Khalifah foto
Loading...

Rata-rata peserta mula membanjiri perkarangan pejabat Kedutaan AS seawal jam 1.30 petang lagi, sebelum demonstrasi berlangsung selepas solat Jumaat, kira-kira jam 2 petang, dan berakhir sekitar jam 3.30 petang tadi.

BACA JUGA :   5 Lokasi Air Terjun Menarik Yang Boleh Anda Kunjungi Di Malaysia
baitulmaqdis
Himpunan itu turut disertai oleh umat Islam dari pelbagai negara. Kredit foto : Ismaweb

Himpunan Aman Solidariti Ummah Baitulmaqdis itu menyaksikan tidak hanya umat Islam di Malaysia, malah dari pelbagai negara lain yang turut sama mengekspresikan bantahan mereka terhadap keputusan Trump baru-baru ini.

baitulmaqdis
Kredit foto : MyNewsHub

Sebelum itu, mereka mengaminkan doa yang dibaca memohon agar Baitulmaqdis tetap dipertahankan daripada jatuh ke tangan pihak Israel selain ada peserta yang membakar boneka Trump sebagai tanda kemarahan mereka.

baitulmaqdis
Boneka Donald Trump dibakar sebagai simbolik protes

Para peserta turut membawa sepanduk dan melaungkan kata-kata mengutuk keras tindakan Trump itu yang jelas biadab menghina umat Islam seluruh dunia apabila menyerahkan bandar suci ketiga Muslim kepada rejim Zionis.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

BACA JUGA :   Harimau Malaya Antara Yang Terendah Dalam Carta FIFA?
Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada MyNewsHub dan Ismaweb

Berminat untuk iklan/artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here