“Wah, aku tengok kau ni makin power ah speaking English. Bahasa Arab pun boleh.”

“Eh haha. Biase-biase je tu. Boleh lah sikit-sikit.”

“Dekat mana kau belajar semua ni ?”

“Aku ada join satu kursus bahasa time cuti lepas SPM haritu”

“Oh, kalau camtu aku nak join jugak lah. Aku ni lepas habis SPM asyik makan tidur makan tidur je kat rumah haha”

“Haaaa, nak tahu kursus apa tu ? Jeng!”

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang sudah berjaya mengharungi peperiksaan besar seperti SPM, STPM dan STAM umumnya. Pasti jantung sudah berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan yang bakal diumumkan sekitar bulan Mac nanti.

kursus bahasa
KDH sentiasa komited dalam membantu memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Arab dalam kalangan pelajar.

Tetapi, nak tunggu hingga bulan Mac tu memang sangat panjang tempohnya. Agak rugi sebenarnya jika masa dihabiskan dengan hanya berehat-rehat di rumah tanpa memantapkan skil dan mempersiapkan diri untuk memasuki alam universiti kelak.

Justeru, adalah sangat disarankan kepada anda supaya menambahkan kemahiran dalam bidang bahasa dan komunikasi di waktu cuti yang terluang ini. Antara program yang sering menjadi pilihan ramai dan terbukti berkesan adalah Kursus Intensif Bahasa Arab & Inggeris yang ditawarkan di Kolej Dar al- Hikmah, Selangor.

Buat pengetahuan semua, Bahasa Inggeris dan Arab sangat banyak digunakan sewaktu di universiti nanti, dan juga di alam pekerjaan setelah tamat belajar. Terus-terang, jika anda anda masalah berkomunikasi dalam 2 bahasa tersebut dan ianya tidak diatasi sekarang, anda sukar nak survive apabila masuk ke IPTA/IPTS.

kursus bahasa
Sukatan pembelajaran bagi Kursus Intensif Bahasa ternyata sangat berkesan dan sudah diuji di pelbagai institusi pendidikan.

Apa yang menarik tentang Kursus Intensif Bahasa di KDH ini adalah ianya dijalankan hanya dalam tempoh 2 bulan sahaja iaitu pada Januari dan Februari. Asrama pun disediakan bagi yang berminat. Habis 2 bulan, keputusan peperiksaan pun keluar. Jadi, kurang lah sikit rasa bosan menunggu result.

Sukatan pelajaran untuk kursus bahasa ini sangat terbukti berjaya. Mana tidaknya, ia telah diuji dan dikaji di pelbagai institusi pendidikan dan hasilnya cukup memberangsangkan. Lagi satu, syllabus yang dirangkumkan untuk tempoh 2 bulan itu juga bersamaan dengan syllabus 3 tahun pengajian. Sebab itu lah ramai yang berlumba-lumba ingin menyertai Kursus Intensif Bahasa anjuran Kolej Dar al-Hikmah ini.

kursus bahasa
Tempat pembelajaran di KDH juga dilengkapi pelbagai kemudahan canggih

Kalau nak dibandingkan dengan kursus bahasa di tempat-tempat lain, pengisian mereka agak kurang efektif. Mana tidaknya, kelas pun dibuat kadang-kadang dalam tempoh masa yang sekejap sahaja. Bila dibuat dalam masa yang singkat, para pelajar tak dapat tangkap dan ada yang tercicir.

Berbeza di KDH, pengisian kursus adalah berbentuk sepenuh masa iaitu 8 jam sehari selama dua bulan. Dengan cara ini, masa para pelajar tidak dibazirkan begitu saja dan semua pelajar tidak kira yang pandai atau lemah akan dapat dibantu secara menyeluruh. Lebih menarik lagi, para pelajar dijamin akan dapat menuturkan dan menghafaz sekurang-kurangnya 1500 perkataaan Arab dan Inggeris sebaik sahaja tamat Kursus Intensif Bahasa di KDH.

kursus bahasa
Suasana di kelas yang sangat damai dan kondusif untuk menuntut ilmu

Memang seronok sebenarnya belajar kursus bahasa di KDH ini. Selain dapat mempelajari ilmu dan tatabahasa untuk bahasa Arab dan Inggeris, anda juga layak menyambung pengajian ke program diploma di KDH melalui pemindahan kredit. Peluang sebegini memang jarang ditawarkan di tempat-tempat lain.

Anda akan dapati ada perubahan mendadak dalam diri anda sebaik sahaja tamat kursus ini. Ramai pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus ini pada sesi lepas nampak gugup pada awalnya tetapi kini sudah boleh bercakap dan penuh karisma dalam bahasa Arab dan Inggeris di depan khalayak ramai.

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris di Kolej Dar al-Hikmah, pengambilan untuk sesi Januari 2018 kini sedang berlangsung.

kursus bahasa

Sedikit peringatan, tempat untuk kursus ini hanya dibuka untuk 40 orang sahaja dan diskaun 35% untuk 10 pendaftar terawal.

Jadi, cepat-cepat layari hikmah.edu.my dan hubungi talian 03-89252392 untuk mendaftar sekarang !

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here