Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM) dilaporkan menyerahkan kembali dua pingat darjah kebesaran diterimanya oleh Sultan Selangor termasuk satu darjah kebesaran tertinggi diterimanya sebelum ini.

Alasan bekas Perdana Menteri itu mungkin merujuk kepada kritikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Loading...

Tun M

Kedua-dua pingat berkenaan diserahkan kepada pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Sultan Sharafuddin sebelum ini menyatakan baginda murka akan kenyataan Dr Mahathir dikatakan menghina keturunan Bugis menerusi ucapan ‘lanun Bugis’ di perhimpunan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Petaling Jaya.

Baginda yang juga berketurunan Bugis bertitah, Dr Mahathir sehingga kini masih belum meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan jelek tersebut.

BACA JUGA :   Sharifah Amani Setuju Terhadap Kenyataan Sheila Majid Di Twitter

Tun M

Akan tetapi Tun Mahathir tidak meminta maaf atas kenyataan yang dikatakannya.

Selain isu Bugis, Sultan Sharafuddin turut mengulas kerugian RM31.5 bilion dagangan mata wang Bank Negara Malaysia (BNM) sewaktu pemerintahan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri serta pengkhianatan kepada UMNO.

Dr Mahathir pernah mendakwa terlalu banyak wang dibelanjakan untuk menguruskan keluarga diraja dan Sultan membalas: “”Bagaimana pula dengan kerugian forex (BNM)? Lagi banyak”.

Titah baginda lagi, sembilan Raja-Raja Melayu juga berdukacita dengan Dr Mahathir semenjak bekas Perdana Menteri itu kembali aktif dalam politik.

Tun M

“Untuk membina nama baik sangat sukar, untuk memusnahkannya sangat senang. Dr Mahathir berada di sana selama 22 tahun, bukan atas usahanya sendiri.

BACA JUGA :   Sultan Selangor Murka Terhadap Zaid Ibrahim, Arah Keluar Dari Selangor

“Parti yang meletakkannya di sana dan kini dia mahu musnahkan parti.

“Dia fikir (tempoh pentadbiran selama) 22 tahun itu cukup besar. Dia tidak mahu ada Perdana Menteri lain yang lebih baik dan dia cuba menekan mereka. Sebab itu saya kata dia ada (sindrom) inferiority complex,” titah baginda lagi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here