Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan beliau akan memegang portfolio Menteri Pelajaran dalam kabinet baharu kerajaan.

Beliau turut mengumumkan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dinamakan Timbalan Perdana Menteri, akan diberi portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.
Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Apabila ditanya mengenai tujuan sebenar beliau mahu mengambil alih tugas Menteri Pelajaran, Tun Dr Mahathir menjawab :

“Ini kerana ramai orang dalam negara ini yang tidak terdidik. Tambahan lagi, cara kita mengajar sudah agak ketinggalan zaman. Sekarang ini zaman komputer, kita patut rangka cara-cara baharu untuk mengajar.

“Memandangkan kita mempunyai masalah kekurangan guru, kita boleh mengambil langkah alternatif dengan menggunakan seorang guru untuk mendapatkan cara mengajar yang terbaik.

BACA JUGA :   "Tun M Pulang Pingat Kebesaran Selangor, Tindakan Terhormat" - Zaid Ibrahim

“Kemudian, ianya akan diselarikan di dalam satu software (perisian) yang boleh digunapakai oleh semua pihak.

Sebelum ini, Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan manakala presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Tun Mahathir Menteri Pelajaran
Tun Dr Mahathir Mohamad

Lapan lagi menteri Kabinet akan dilantik dalam masa terdekat, dua daripada wakil setiap parti dalam Pakatan. Perlantikan ini tidak mengambil kira kekuatan dalam parti.

Majlis Istiadat Angkat Sumpah bagi 13 menteri Kabinet dijadualkan berlangsung pada Isnin depan (21 Mei) sekiranya mendapat persetujuan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

BACA JUGA :   Tun Dr Mahathir Mohamad Kini Perdana Menteri Malaysia Ke-7
muhyiddin mb johor
Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri

Dr Mahathir dalam pada itu turut mengumumkan Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum ini, Shukri mengambil keputusan untuk bersara wajib pada dua tahun lalu ketika sedang menyiasat kes berprofil tinggi termasuk syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here