Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU 14) yang akan datang.

mahathir
Sumber foto : Antarapos

Menurut Dr Mahathir, beliau kemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.

Mereka memberitahu saya bahawa saya berpeluang untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya. Jadi, bersedialah,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) di tepian mesyuarat agung PPBM pertama hari ini.

mahathir
Dr Mahathir turut mempertimbangkan untuk bertanding di Putrajaya

Ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau memegang jawatan perdana menteri untuk sementara jika keputusan PRU-14 nanti berpihak kepada pembangkang, beliau berkata dirinya bersedia untuk memegang tanggungjawab berkenaan. Sebelum ini, Dr Mahathir pernah menjadi perdana menteri dari 1981 sehingga 2003.

BACA JUGA :   Ini Respon Sinis Tun Mahathir Terhadap Kenyataan Kontroversi TMJ

mahathir

“Semua perdana menteri adalah sementara, semua diberikan masa selama 5 tahun, kadang-kala kurang sikit. Tetapi kalau mati, susah sikit,” kata beliau dengan nada bergurau.

Bekas perdana menteri itu turut menepis kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang menganggap pelantikan perdana menteri “sementara” sebagai amalan tidak sihat dan tidak berperlembagaan.

“Siapa peduli PAS?” kata Dr Mahathir menjawab soalan pemberita.

Pada masa sama, Dr Mahathir juga mengakui beliau banyak melakukan kesilapan ketika menyertai parti politik semasa zamannya dahulu. Justeru, beliau secara terbuka memohon maaf di atas kelemahannya itu.

mahathir
Kredit foto : The Malaysian Insight

“Kemungkinan perkara yang kita lakukan itu salah pada pandangan orang, itu sahaja. Saya minta maaf sejak dari berkecimpung dalam politik sejak 1945,” katanya.

 “Kerana kita tidak tahu yang mana kita salah. Itu adat. Sebagai orang Melayu kita perlu rendah diri”, tambahnya lagi.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

BACA JUGA :   Wajarkah Kerajaan Mewujudkan Kereta Nasional Yang Baharu?
Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Free Malaysia Today

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here