kereta polis

Kereta Polis Pun Kena…Hmmmmm

Pelaksanaan apitan tayar kenderaan (clamp)  merupakan salah satu usaha pihak berkuasa untuk mendidik dan mencegah orang ramai dari terus menerus melakukan kesalahan lalu lintas.

Namun, lain pula ceritanya apabila kereta polis sendiri pun kena clamp. Dilaporkan, insiden itu berlaku di kawasan Perbadanan Putrajaya. Foto mengenai kejadian tersebut mula tersebar di media sosial dan menjadi semakin viral sekaligus mengundang pelbagai persepsi orang ramai.

kereta polis

Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam satu kenyataan berkata, insiden kereta polis yang diapit tayarnya, yang menjadi viral baru-baru ini, adalah sah di sisi undang-undang di bawah peruntukan seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan halangan lalu lintas.

Meskipun kereta itu adalah kereta polis, namun PPj tetap menjalankan tugas mereka.

“Penguatkusaan ini perlu diambil bagi memastikan tiada unsur ‘double standard’ dalam melaksanakan penguatkuasaan,” kata Pengarah Bahagian Penguatkuasaan PPj, Muhamad Irwan Abdullah.

Pihak penguatkuasa PPj mendapati kereta polis tersebut diletakkan di kawasan yang dilarang, iaitu di bahu jalan di Jalan P2P berhampiran Menara Usahawan, Presint 3, yang mana merupakan lokasi apitan (clamp zone).

kereta polis

“Usaha untuk menghubungi pemandu kenderaan itu di sekitar lokasi gagal, sekaligus tindakan mengapit tayar dilakukan oleh anggota penguatkuasa.”

Penguatkuasaan zon apitan dan tundaan ini telah dilaksanakan oleh PPj sejak 1 April 2017, dan orang ramai boleh memuat turun ‘Panduan Zon Apitan, Tunda dan Kawasan Letak Kereta Di Putrajaya’ dari laman web rasmi PPj, www.ppj.gov.my

Diharapkan orang ramai dapat mematuhi peraturan agar kereta anda tidak menjadi mangsa seterusnya. Jikalau kereta polis pun kena clamp, apatah lagi kereta rakyat marhaen.

kereta polis

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Utusan Online.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here