batu

Batu Besar Jatuh Dari Flyover

Disangkakan prank, kejadian ngeri yang berlaku ke atas pasangan ini hampir mendatangkan maut kepada mereka.

Mengikut laporan, pasangan tersebut sedang memandu melalui Lingkaran-Lebuhraya Kajang untuk ke rumah kawan. Ketika lalu di bawah flyover, secara tiba-tiba sebuah batu besar jatuh dari atas lalu menghempap kereta mereka.

batu
Sumber foto : Facebook
batu
Sumber foto : Facebook

Setelah membuat laporan polis, wanita itu bertindak menceritakan perkara itu di laman Facebooknya. Berikut merupakan ringkasan status yang dimuat naik wanita tersebut :

“Kejadian tersebut berlaku ketika kami sedang memandu di lorong kanan berhampiran kawasan Balakong dan sebuah batu jatuh menghempap kereta kami sehingga menembusi cermin depan”.

“Kami bernasib baik kerana batu itu jatuh di tengah-tengah cermin kereta, sekiranya ianya jatuh sedikit ke kanan atau kiri, sudah pasti salah seorang daripada kami akan cedera teruk”, tambahnya lagi.

BACA JUGA :   Kogan, Cambridge Analytica Dan Facebook Melanggar Amanah

Menurutnya, selepas kejadian itu berlaku, mereka terus memperlahankan kenderaan untuk mencari individu yang melakukan angkara tersebut. Namun, mereka tidak menjumpai sesiapa di situ.

“Tangan kami luka kerana terkena serpihan cermin depan kereta yang pecah, tapi kami baik-baik saja”.

batu
Sumber foto : Facebook

Kejadian tersebut turut sampai ke pengetahuan wakil rakyat Balakong iaitu Ng Tien Chee. Beliau kemudiannya pergi meninjau kawasan itu bersama-sama dengan mangsa untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

Walaubagaimanapun, beliau kecewa kerana pihak polis tidak mengambil tindakan yang sewajarnya. Ng memaklumkan bahawa pihak polis menganggap kejadian yang menimpa mereka itu adalah kes biasa-biasa sahaja yang berlaku kepada kebanyakan pengguna jalan raya yang lain.

“Kes seperti itu mungkin membawa maut sekiranya batu itu menghempap kepada pemandu motosikal yang kebetulan lalu pada waktu itu”, ujar wakil rakyat tersebut.

BACA JUGA :   Pendapat Anda Tentang Teknologi Kereta Tanpa Pemandu?
batu
Sumber foto : Facebook

Jika dilihat daripada penceritaan mangsa, kemungkinan besar batu itu sengaja dijatuhkan. Pihak polis mengesyaki pelaku yang tidak bertanggungjawab itu adalah salah seorang penduduk di kawasan berkenaan.

BACA – Kemalangan Ngeri : Wanita Putus Kepala Selepas Rempuh Pembahagi Jalan

Mujurlah pasangan tersebut tidak mengalami kecederaan yang berat. Apa-apapun, dinasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu.

Ingatlah orang yang tersayang !

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada World of Buzz

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here