Putrajaya akan bermandi cahaya lampu berwarna-warni sempena Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2017 bermula malam semalam sehingga ambang Tahun Baru 2018.

Memasuki tahun kelima penganjurannya, festival dengan tema Ekspresi Negaraku, Ekspresi Malaysia dan Alam Semula Jadi, anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) itu menyasarkan sejuta pengunjung sepanjang empat hari acara berlangsung.

lampu
Gambar lama

Datuk Seri Hasim Ismail merangkap Presiden PPj berkata,

Festival berkenaan bertujuan mempromosi dan menonjolkan Putrajaya sebagai bandar perintis di Malaysia, yang menerapkan elemen pencahayaan bersistematik dan dinamik dalam perancangan serta pembangunan bandarnya.

LAMPU 2017 bermula dari jam 7.30 malam hingga 12.30 tengah malam membawa kelainan dengan menampilkan penggunaan teknik, teknologi visual dan audio terkini serta pencahayaan beresolusi tinggi dalam Pemetaan Bercahaya 3D di bangunan Istana Kehakiman.

lampu
Antara tarikan baru yang diperkenalkan adalah:

  • The Kindle Garden di Laman Kiblat Walk – Bertemakan taman fantasi (gabungan dua dimensi) – Nusantara dan alam maya.

Selain itu terdapat juga,

  • Segmen The Levitating Street & The 3D Street Art – Memaparkan hiasan lampu gantung bertema dan lukisan 3D di atas lantai.
  • The Vibrant Street – Reka bentuk struktur cahaya unik dan kesan bayang-bayang.
  • The Lighting Effect – Mempunyai biasan pelbagai rona lampu bangunan di sepanjang Persiaran Perdana, Presint 3 dan sebahagian Presint 2.

Di sana juga turut menyediakan tarikan seperti persembahan wayang kulit dan beca berhias, serta pelbagai aktiviti oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mengambil bahagian.

Untuk kemudahan pengunjung, PPj turut menyediakan:

  • Ruangan Food Zone, The Glorious Food Truck dan The Vendor.
  • Perkhidmatan bas pengantara secara percuma (sepanjang festival berlangsung).

lampu

Pada malam Ambang Tahun Baharu 2018, Ahad ini, pengunjung juga akan dipersembahkan dengan pertunjukan bunga api secara langsung dan pertunjukan api digital.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here