Seorang Doktor Didakwa

Seorang doktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini gara-gara kecuaian dalam mengkhatankan seorang kanak-kanak lelaki hingga menyebabkan kepala zakarnya terpotong. Dilaporkan, kecuaian itu berlaku semasa proses berkhatan menggunakan kaedah laser.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, doktor itu juga didakwa atas 3 pertuduhan, termasuk mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa, tahun lepas.

Dr Azahari Hashim, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dikemukakan ke atasnya.

Bagi pertuduhan pertama, Dr Azahari didakwa secara cuai mendatangkan kecederaan parah terhadap kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bapa 4 anak itu juga dituduh menjalankan klinik perubatan swasta yang tidak berdaftar mengikut Seksyen 4 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga 6 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa tidak mempunyai Sijil Amalan Perubatan yang sah mengikut Seksyen 33 Akta Perubatan 1971 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 35 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah klinik di No.6, Jalan CU 15/B, Taman Cheras Utama, Hulu Langat, pada 20 Disember 2016.

doktor
Gambar sekadar hiasan semata-mata

Pada awalnya, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Al Sabri Ahmad Kabri memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah.

“Semenjak klinik seliaannya ditutup selepas kes tersebut berlaku, beliau tidak mempunyai pendapatan yang tetap,” katanya.

doktor
Sumber foto : Free Malaysia Today

Justeru, mahkamah membenar tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 26 Januari untuk sebutan kes. Adik lelaki tertuduh membayar wang jaminan itu.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada BERNAMA

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here