Skandal terbaru yang melanda Felda merupakan satu contoh modus operandi golongan tertentu untuk menyalurkan aset kerajaan ke dalam poket mereka sendiri, kata Tun M.

Felda
Tun Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak terkejut sekiranya perkara tersebut sering berlaku dalam badan kerajaan.

Loading...

“Nampak sahaja badan yang mempunyai duit, ada sahaja jalan macam mana nak curi duit. Ini berlaku kepada Felda, berlaku kepada Tabung Haji, ia berlaku juga kepada kerajaan Malaysia.

“Tanah di Kuala Lumpur yang nilainya lebih kurang RM7,000 satu kaki persegi dijual kepada 1MDB pada RM60 bagi satu kaki persegi. Lepas tu 1MDB jual balik kepada Tabung Haji dengan harga RM3,000. Inilah cara mereka menipu untuk mengambil harta kerajaan supaya duit itu boleh masuk poket orang tertentu,” tambahnya lagi.

Beliau turut mengulas mengenai skandal tanah yang melanda Felda minggu lalu yang mana tanah milik agensi berkenaan dipindah milik ke syarikat lain tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

BACA JUGA :   Sejauh Manakah SPRM Berkuasa Melawan Politik Wang Di Malaysia ?
Skandal hak milik tanah di Jalan Semarak. Sumber foto : Berita Harian

Dr Mahathir berkata, ini menunjukkan betapa sesetengah individu sangat berkuasa dan beliau percaya “keuntungannya” pasti disalurkan kepada mereka.

“Ini bermakna orang atasan itu sangat berkuasa sehingga tidak perlu tanya sesiapa dan buat keputusan sendiri. Saya sangka ada juga “keuntungan tertentu” sebab itu dia sanggup curi tanah Felda, jual kepada orang sehingga Felda dan Lembaga pengarah sendiri pun tidak tahu.”

Felda
Sumber foto : The Malaysian Insight

Tun M juga menjangkakan Pengerusi FGV sekarang, Shahrir Samad lambat laun terpaksa mendedahkan perkara sebenar yang berlaku memandangkan skandal tersebut terlalu besar untuk dipikul.

Dalam sidang media minggu lalu, Shahrir Samad memaklumkan beliau sedar mengenai pemindahan tanah Felda di Jalan Semarak pada Januari dan memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak pada Februari.

Felda
Pengerusi FGV kini, Shahrir Samad

Namun tiada sebarang tindakan diambil untuk melaporkan isu berkenaan sehinggalah skandal itu dibongkar media tempatan dan didedahkan minggu lalu.

BACA JUGA :   Najib Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Sempena PRU 14 – Strategi Yang Bijak ?

Pastinya semua mata-mata tertumpu kepada bekas pengerusi FGV iaitu Isa Samad kerana skandal pemindahan hak milik tanah itu berlaku ketika FGV di bawah pentadbirannya. Tambahan pula, Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi FGV oleh Najib Razak pada ketika itu.

Felda
Bekas Pengerusi FGV, Isa Samad. Sumber foto : mStar

Walaubagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan berlakunya salah laku dalam kes Felda meskipun masih belum menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Diharapkan skandal kes Felda ini akan dapat dibongkarkan sedalam-dalamnya dan individu yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada The Malaysian Insight

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here