Ketagihan Permainan Video Dilabel Sebagai Penyakit Mental

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) mungkin mengklasifikasikan “ketagihan permainan video” atau “gaming disorder” sebagai penyakit mental dalam manual penyakit bagi tahun 2018.

Draf kedua kali ke-11 yang telah dikemas kini iaitu Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD-11) WHO, ketagihan permainan video telah dimasukkan dalam kategori gangguan mental, tingkah laku atau perkembangan otak.

video

Bagi meyakinkan diagnosis ini, seseorang itu melebihkan permainan video daripada perkara yang lain. Keutamaannya tidak cenderung kepada aktiviti harian. Walaupun dia tahu bahawa terdapat kesan negatif yang akan berlaku jika tidak menghadkan diri untuk bermain permainan video.

Corak tingkah laku sedemikian yang begitu teruk sudah memadai untuk mengakibatkan kemerosotan signifikan kepada diri sendiri, keluarga, sosial, pendidikan, pekerjaan atau perkara yang lain.

ICD digunakan oleh profesional kesihatan secara global dan berfungsi sebagai satu standard antarabangsa untuk mendefinisikan keadaan kesihatan serta penyakit.

video

Kematian mengejut dan gejala fizikal yang dikaitkan dengan permainan video secara dalam talian semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kisah Berkaitan Dengan Ketagihan Permainan Video

Pada 2014, seorang wanita China berusia 27 tahun mati mengejut selepas bermain permainan video selama 10 jam berturut-turut.

Pada 2015, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Rusia telah dikejarkan ke wad kecemasan dan meninggal dunia di hospital selepas koma ketika bermain permainan video.

video

Mangsa dilaporkan bermain permainan video itu secara berterusan hampir 22 hari, dan hanya berhenti untuk tidur serta makan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here