Tawaran Ibu Negara Baru Kepada Palestin?

Semua pihak termasuk rakyat Palestin diberi amaran supaya tidak menerima atau menyokong tawaran Amerika Syarikat (AS) kepada pihak berkuasa pentadbiran Palestin untuk menerima sebuah kawasan baru untuk dijadikan ibu negara alternatifnya iaitu di Abu Dis di Baitulmuqaddis.

AS

Usaha Ketua Pergerakan Hamas, Ismail Haniya

Ketua Pergerakan Hamas, Ismail Haniya melabelkan keputusan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel merupakan usaha ‘terbesar’ kuasa besar dunia untuk menghancurkan perjuangan Palestin.

AS

Ismail memberi amaran kepada semua pihak terbabit tanpa mengambil kira mereka dari Palestin, komuniti Arab, beragama Islam atau antarabangsa supaya tidak melaksanakan malah menerima pelan AS bagi Timur Tengah yang belum lagi diterbitkan.

AS menawarkan sebuah ibu negara baharu yang terletak jauh dari Baitulmuqaddis iaitu di Abu Dis dan sebuah jambatan yang dihubungkan dengan Masjid Al-Aqsa untuk memudahkan aktiviti beribadah.

Terdapat kuasa serantau yang berusaha membahagikan Tebing Barat kepada tiga seksyen, selain mewujudkan entiti politik di Semenanjung Gaza dengan kuasa (pentadbiran) sendiri.

Terdapat tanda-tanda Israel akan mengambil kesempatan dengan memasukkan fakta-fakta versinya sendiri seperti rang undang-undang menyahudikan Baitulmuqaddis melalui proses pengundian esok.

Ismail menjelaskan, keputusan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel secara tidak langsung mewujudkan risiko baharu yang boleh memberi kesan terhadap hubungan Palestin dengan Jordan.

AS

Ismail juga telah membincangkan perkara ini bersama dengan Raja Jordan, Raja Abdullah mengenai kesan buruk yang boleh berlaku akibat daripada keputusan AS, projek penempatan semula dan cadangan negara atau tanah air alternatif.

Penduduk Palestin perlu ‘meneruskan’ penentangan terhadap keputusan Trump dan bantahan oleh kumpulan-kumpulan gerakan di negara Arab dan Islam yang lain.

Ismail menambah isu politik dalaman antara Fatah dan Hamas perlu diselesaikan segera supaya kerajaan perpaduan Pa­lestin dapat mengutamakan isu-isu negara yang lebih besar.

AS

Beliau memberi amaran bahawa rundingan damai yang ditandatangani di Mesir pada Oktober lalu berdepan kegagalan jika lambat dilaksanakan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here