Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menuduh wartawan dan pihak media memutar beliau kenyataan rakan sejawatnya dalam Kabinet, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkenaan kos sara hidup ditentukan Allah.

Katanya lagi “saya pun tak faham apa nak jadi kepada dunia-dunia ini, terutamanya kamu pemberita, kamu semua bertanggungjawab, apa yang kamu lakukan, ingat kamu akan jumpa Tuhan”.

Loading...

Ku Nan

Kenyataan beliau itu sekaligus untuk mempertahankan Hamzah yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK).

Baru-baru ini pada Perhimpunan Agung Umno ke-71, Hamzah berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) menuruti amalan Nabi Muhammad yang melarang campur tangan dalam pasaran bebas berkaitan kos sara hidup.

Beliau memetik hadis berkenaan rayuan kepada Nabi agar menetapkan harga barangan di Madinah.

Ku Nan

“Jawab Baginda, ‘Allah, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, Dialah Allah yang memberi rezeki’,” kata Hamzah.

BACA JUGA :   Pampasan Akan Dibayar Oleh Kerajaan Berkaitan Pemansuhan 4 Tol

Hamzah berkata, atas dasar keprihatinan terhadap rakyat dan keadilan dalam Islam, kerajaan tidak menaikkan harga barang keperluan asas.

Semalam, Hamzah turut menuduh media memutar belit ucapannya yang memetik hadis berkaitan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Hadis itu sebenarnya menunjukkan walaupun sepatutnya tiada campur tangan dalam pasaran bebas, Putrajaya tetap membantu rakyat dengan menetapkan harga barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan gas memasak.

Ku Nan

Adnan, yang juga terkenal dengan panggilan Ku Nan, berkata mereka yang menjadi “mangsa tohmahan” akan membawa pendakwaan di akhirat.

“Kita akan dakwa saudara-saudara sekalian kerana pembohongan dan fitnah yang dilemparkan kepada masyarakat kerana nak menolong orang-orang tertentu mencapai kejayaan”.

BACA JUGA :   Dakwaan Bahawa Penjawat Awam Akan Dibayar Gaji 2 Kali Sebulan, Adakah Benar Ataupun Tidak?

“Hari ini kita lakukan program ini untuk membantu rakyat, untuk memastikan bahawa perkhidmatan bas di Putrajaya ini akan berjalan dengan baik, dilaksanakan dengan baik,” katanya lagi.

Ku Nan

Ku Nan berkata kerajaan mencuba sedaya upaya membantu rakyat, namun pembangkang menyebarkan fitnah dan pembohongan terhadap kerajaan.

“Hanya orang tertentu yang kata kerajaan ini tak guna. Saya tak guna. Semuanyalah tak guna,” kata Tengku Adnan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari FMT

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here