Masjid India Muslim Sungai Siput merupakan masjid pertama di negeri Perak yang membuka ruang dan kemudahannya untuk jemaah terutamanya musafir apabila dibuka 24 jam.

Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Kuala Kangsar, Majlis Agama Islam Perak (Maipk), Faizal Mohd. Sapri berkata, masjid yang terletak di Jalan Besar, Kampung Suppiah Pilai dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk dewan solat, tandas, tempat istirehat dan parkir kereta.

musafir

Katanya, ini secara tidak langsung mengubah persepsi masjid hanya sebagai tempat ibadah sedangkan fungsinya lebih besar dan menyeluruh.

Masjid India Muslim ini menjadi contoh kepada keseluruhan 671 masjid di Perak apabila menjadi masjid mesra musafir yang memberi kemudahan kepada jemaah sepanjang hari.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan sumbangan papan tanda Masjid Mesra Musafir daripada seorang penyumbang, M. Yogendirabalan.

musafir

Menurut Faizal, sumbangan papan tanda daripada orang bukan Islam menunjukkan Malaysia berada dalam keadaan harmoni dan umat Islam boleh bergaul dengan penganut lain tanpa sebarang masalah.

Sumbangan daripada orang ramai ini menambahkan lagi kemudahan untuk jemaah dan musafir.

Sementara itu, Pengerusi masjid, Abd. Rahim Gulam Kadar berharap orang ramai terutamanya masyarakat setempat dan musafir mendapat manfaat daripada pelbagai kemudahan yang disediakan di masjid itu selain dibuka 24 jam.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari TheMalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here