Tindakan seorang remaja melepaskan diri daripada tawanan ibu bapa sendiri berjaya menyelamatkan 12 lagi adik beradiknya, sebahagian daripada mereka dirantai pada katil dan ditemui dalam keadaan kotor serta kelaparan di rumah mereka di Perris, California.

Mangsa yang berusia antara dua dan 29 tahun telah dijadikan tebusan oleh ibu bapa mereka sendiri di rumah yang terletak 113 kilometer (km) ke timur Los Angeles.

beradik

Mujurlah pada Ahad lepas, salah seorang daripada mereka, gadis berusia 17 tahun berjaya melepaskan diri lalu menghubungi polis menggunakan telefon di rumah mereka, kata Pejabat Sherif Daerah Riverside.

Polis berkata, mangsa memberitahu bahawa 12 adik beradiknya sedang ditahan di rumah oleh ibu bapa mereka.

Selepas menerima panggilan kecemasan daripada gadis tersebut, pegawai penyiasat dari Jabatan Polis Perris dan Pejabat Sherif Daerah Riverside segera bertemu dengan mangsa, dan mereka berkata gadis itu kelihatan kurus dan seperti berusia 10 tahun, walaupun usia sebenar dia adalah 17 tahun.

beradik

Polis kemudian menghubungi ibu bapa mangsa dan menahan suspek, David Allen Turpin, 57, dan Louise Anna Turpin, 49, dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Siasatan lanjut mendapati beberapa kanak-kanak dirantai pada katil mereka dan dikunci dengan mangga di dalam keadaan persekitaran yang gelap dan berbau busuk. Mangsa kelihatan kekurangan zat dan sangat kotor.

Kesemua 13 mangsa yang dalam keadaan kelaparan turut diberikan makanan. Enam daripada mereka yang masih kanak-kanak telah dibawa ke University System Hospital Riverside (RUHS) untuk pemeriksaan perubatan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Sementara tujuh lagi yang sudah berusia lebih 18 tahun dihantar ke Pusat Perubatan Wilayah Corona untuk pemeriksaan lanjut.

beradik

Reuters melaporkan, David Allen dan Louise Anna masing-masing didakwa dengan sembilan tuduhan mendera dan 10 tuduhan membahayakan kanak-kanak.

Kedua-dua suspek tidak dapat menjelaskan secara terperinci motif sebenar mereka melakukan sedemikian dan menjadikan anak mereka sebagai tebusan.

Pasangan suami isteri itu diarah ditahan dengan ikat jamin AS$9 juta (RM35 juta) dan dijangka dihadapkan ke mahkamah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari TheMalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here