Di zaman ekonomi sekarang, semakin ramai usahawan yang tumbuh bak cendawan di luar sana. Semestinya, semakin ramai usahawan akan ke China untuk mencari produk yang berkualiti pada harga murah. Mana tidaknya, kebanyakan produk di Malaysia pun datangnya daripada negara China. Jadi semua sudah sedia maklum, lambat laun anda sebagai usahawan juga pasti akan terfikir untuk memborong di sana.

borong di china
Sumber foto : Facebook TripBorongChina.com

Di bawah merupakan 5 tips yang dikongsikan supaya anda lebih berwaspada. Nombor 5 adalah tips paling mustahak yang harus diperhatikan betul-betul. Sudah ramai yang tertipu kerana memandang ringan perkara-perkara sebegini.

1# Kenal Pemborong

Berjumpa sendiri dengan pemborong, kenali dengan lebih dekat, dapatkan bisnes kad dan nombor telefon untuk dihubungi.

2# Simpan Resit

Resit adalah satu-satunya bukti bertulis anda yang menunjukkan bukti pembelian di kedai tersebut. Sekiranya berlaku kes penipuan, anda boleh gunakan resit tersebut untuk membuat report polis

3# Bayar 30% Deposit

Belanjakan wang untuk 30% bayaran deposit supaya pemborong membuat kerja dengan pantas dan juga mengurangkan risiko anda ditipu. Pernah berlaku kes sebelum ini dimana pembeli membayar deposit penuh dan kehilangan resit. Akibatnya, tempahannya itu tidak dilayan.

4# Wang Palsu

Beri perhatian ketika proses pertukaran wang sedang dilakukan. Pantau kelakuan pemborong ketika mengendalikan wang tersebut. Untuk lebih berwaspada, kira dan rasa sendiri wang tersebut untuk elak ditipu.

5# Pastikan Pemborong Merupakan Pemborong Kedai Tersebut

Terdapat kes, individu licik yang menyamar menjadi pemborong kedai kerana kemahirannya bercakap dalam bahasa inggeris. Mereka mengeluarkan resit palsu dan menerima bayaran daripada anda.

borong di china
Sumber foto : Facebook TripBorongChina.com

Berikut merupakan antara 5 tips untuk mengelakkan anda ditipu ketika memborong produk-produk di China. Memandangkan kini semakin banyak seminar daripada sifu-sifu yang mengajar tentang berniaga secara online, maka semakin ramailah usahawan yang akan cuba mencari produk pada harga yang murah, termasuklah mengikuti trip borong ke China.

Moga tips tersebut menjadi panduan untuk anda yang berniat untuk memborong di sana pada masa akan datang. Selamat mencuba dan semoga terus sukses dalam bisnes.

Artikel ini disumbangkan oleh Ramdan Johari, merupakan Sifu Borong di syarikat Dazra Ventures & Consultancy. Anda boleh lawat Facebook Page mereka di pautan ini.

TripBorongChina.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here