Agenda Israel Terhadap Baitulmaqdis…

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Tanpa perlu disangkal lagi, Trump sememangnya mempunyai agenda tersendiri di sebalik keputusan beliau itu. Jadi, apakah motif sebenar Trump ?

Baitulmaqdis
Setelah dipilih menjadi Presiden US, Trump harus menunaikan janjinya kepada Israel. Sumber foto : wakeupmalaya.com

Jika dianalisis, motif Trump adalah mahu mencetuskan kucar-kacir dalam kalangan negara-negara Islam di Timur Tengah khususnya. Kekecohan ini sekaligus akan merencatkan rancangan perdamaian yang dirangka antara Israel dan Palestin.

Jadi, Adakah Sekarang Baitulmaqdis Itu Milik Israel ?

TIDAK. Bila Trump kata Jerusalem itu ibu negara Israel, bukan bermaksud secara automatik Jerusalem terus jadi hak milik Israel. Trump bukanlah hakim dunia. Dia hanya Presiden US.

Di dunia kita sekarang, hanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations – UN) saja yang boleh beri kata putus bahawa wilayah ini milik siapa, wilayah itu milik siapa. US hanya salah satu daripada 5 kuasa besar dunia (selainnya ialah Rusia, China, UK dan Perancis) yang boleh membuat keputusan di UN melalui kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan.

Sehingga sekarang, UN masih menganggap pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak sah dan Israel perlu berundur ke sempadan asalnya sebelum tahun 1967. Kalau menggunakan bahasa undang-undang antarabangsa, Israel hanya ada kawalan “DE FACTO” ke atas Jerusalem Timur. Pendudukan Israel ke atas Jerusalem Timur tidak diberi pengiktirafan “DE JURE” oleh komuniti antarabangsa.

Para pemimpin negara-negara Arab sebelum ini sudah memberi amaran bahawa perpindahan Kedutaan Amerika Syarikat di Israel ke Baitulmaqdis akan menjadi “provokasi yang melampau kepada umat Islam”.

Baitulmaqdis
Konflik berdarah antara Israel dan Palestin yang sudah lama tercetus
Baitulmaqdis
Baitulmaqdis merupakan tempat yang dianggap suci bagi kedua-dua agama Islam dan Yahudi

Seperti yang diketahui, status Baitulmaqdis – tapak yang dianggap suci untuk kedua-dua dan agama Yahudi dan Islam.

Israel sememangnya sudah lama mahu menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya. Bagi agama Islam pula, Baitulmaqdis adalah tempat suci di mana Nabi Muhammad S.A.W naik ke langit dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Dengan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, Amerika Syarikat kini menjadi negara pertama di dunia yang berbuat demikian sejak penubuhan Israel pada tahun 1948.

Presiden Amerika ke-45, Donald Trump

Respon Pemimpin-Pemimpin Timur Tengah

Tindakan Amerika Syarikat itu ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Seperti yang dijangka, kebanyakan daripada mereka menentang keputusan Trump.

Raja Arab Saudi iaitu Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud memberitahu bahawa tindakan Trump akan mencetuskan provokasi yang sangat dahsyat.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan memutuskan hubungan dengan Israel sekiranya Amerika Syarikat tetap mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan

Manakala Raja Abdullah dari Jordan berkata, keputusan itu akan merencatkan usaha untuk menyambung semula proses damai Israel-Palestin serta mencetuskan musibah.

Buat masa sekarang, kakitangan kerajaan Amerika Syarikat dilarang mengunjungi Baitulmaqdis dan Tebing Barat atas sebab-sebab keselamatan. Sudah pastinya ramai rakyat yang tidak berpuas hati mahu membalas dendam kepada Amerika Syarikat.

Apa-apapun, diharapkan umat Islam di seluruh dunia dapat bersatu bagi memelihara kesucian Baitulmaqdis dan tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada Israel. Donald Trump sememangnya sudah melampau!

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysia Gazette

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here