Apabila kes berkaitan Palestin mula menular, rakyat Malaysia sering kali bertindak melulu dengan menjadikan rangkaian restoran McDonald’s dan Starbucks sebagai ‘kambing hitam’ setiap kali mahu melepaskan kemarahan terhadap negara Israel.

Sepatutnya rakyat Malaysia perlu berfikir secara rasional.

Menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tindakan memboikot dua buah syarikat berkenaan yang jelas tidak mempunyai kaitan dengan Israel boleh memberi kesan kepada peluang pekerjaan yang disediakan kepada rakyat Malaysia.

McDonald

Syed Saddiq menjelaskan tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa McDonald’s dan Starbucks di Malaysia mempunyai hubungan dengan rejim Israel.

“Jika kita selidiki, McDonald’s ini sebenarnya dibenci di Israel. Ini kerana McDonald’s Israel yang dipegang oleh Omri Padan langsung tidak mahu membuka cawangan di mana-mana tanah rampasan Israel.

“Israel bertindak dengan memanggil rakyatnya untuk memboikot McDonald’s dan menyokong pesaingnya, Burger Ranch. McDonald’s masih lagi bertegas dengan polisi mereka di Israel,” kata Syed Saddiq.

McDonald

Beliau menambah, situasi tersebut turut berlaku kepada Starbucks apabila rangkaian kedai kopi tersohor itu sudah menghentikan operasi mereka di Israel sejak 2003 lagi kerana tidak menyokong pendirian yang diamalkan oleh negara itu.

“Starbucks dahulunya dikecam teruk kerana Ketua Pegawai Eksekutifnya, Howard Schultz adalah berbangsa Yahudi dan pernah menerima anugerah daripada Israel.

‘Namun, Starbucks semenjak 2003, tidak membuka cawangan di Israel. Lebih mengejutkan lagi mereka hanya beroperasi di negara berdekatan iaitu Lebanon dan Jordan.

McDonald

“Ini dengan jelas menunjukkan polisi Starbucks yang tidak setuju dengan tindakan Israel. Untuk operasi mereka di Timur Tengah, mereka beroperasi bersama kumpulan MH Alshaya WL, sebuah syarikat Kuwait,” ujarnya.

Minggu lepas, McDonald’s Malaysia menafikan menyalurkan sebahagian hasil jualannya di Malaysia kepada Israel dan McDonald’s AS setiap tahun sebaliknya bayaran itu adalah royalti ke atas jenama McDonald’s itu sendiri.

McDonald

Penafian tersebut dibuat berikutan gesaan segelintir pihak yang mengajak memboikot McDonald’s susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengistihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, telah mencetuskan kemarahan seluruh dunia termasuk di negara ini.

McDonald’s kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dangi Wangi terhadap individu dan kumpulan yang melakukan dakwaan palsu mengenai syarikat mereka.

McDonald

Syed Saddiq berkata, kempen Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) juga tidak menggesa supaya orang ramai memboikot McDonald’s dan Starbucks kerana kedua-dua syarikat berkenaan sah tidak menyokong Israel.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari malaysiandigest.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here