Buat Hal Lagi

Iqram Dinzly kembali mencuri perhatian menerusi perkongsian di Instagram ‘live’ menunjukkan beberapa aksi pelik yang sekaligus mengundang kecaman sesetengah pengguna media sosial. Rata-rata menanggap pelakon ini kurang waras dan sengaja menunjukkan kelakuan berbaur lucah.

iqram dinzly instagram live

Menurut laporan Harian Metro, Iqram bagaimanapun tidak mempedulikan kritikan tersebut sebaliknya menyifatkan sesetengah netizen yang mengkritik dirinya itu bersikap busuk hati.

“Tiada apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya,” kata Iqram Dinzly.

Perangai pelik pelakon berusia 36 tahun itu mula diperkatakan sejak Oktober lalu apabila sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.

iqram dinzly

Bapanya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.

Mengulas mengenai cemuhan netizen bagi aksi di Instagram ‘live’, Iqram Dinzly menyifatkan itu tiada kena mengena dengan tahap kewarasannya.

“Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati,” katanya.

iqram dinzly

“Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio.

“Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya,” katanya.

Iqram berharap netizen berhenti fikir bukan-bukan mengenai dirinya kerana kehidupannya semakin bahagia selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersamanya selama ini.

iqram dinzly

Iqram Dinzly turut memaklumkan dia kini mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly.

“Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang ,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada Malaysian Digest

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here