Berikutan Pahang enggan mewakili negara ke saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tahun hadapan mengundang padah apabila mereka tidak dibenarkan untuk memohon Lesen Kelab AFC untuk tempoh dua tahun.

Larangan itu menyaksikan skuad Tok Gajah sama sekali tidak berpeluang untuk mewakili negara dalam Piala AFC sehingga 2020.

Pahang

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, Pahang melanggar Artikel 14 Statut FAM kerana ingkar arahan badan induk itu selepas enggan atau gagal mendaftarkan pasukan ke pertandingan Piala AFC musim depan.

Beliau bagaimanapun memberitahu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

“Walaupun sudah diarahkan oleh FAM melalui surat bertarikh 24 November 2017, (Pahang) melanggar Artikel 14 Statut FAM akibat tindakan enggan atau gagal mendaftarkan pasukan untuk bermain dalam Piala AFC 2018.

“PBNP dilarang memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun iaitu pada 2018 dan 2019 bagi menyertai pertandingan kelab AFC untuk tahun 2019 dan 2020.

“PBNP juga diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama. Keputusan ini boleh dirayu,” katanya.

Sebelum ini, Pahang diberi peluang untuk mewakili Malaysia di Piala AFC menggantikan Kedah namun menolak tawaran itu dengan alasan mahu memberi tumpuan kepada saingan domestik.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari malaysiandigest.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here