Trump dikritik hebat-selepas ucapan susulan Charlottesville. Sumber foto : Kevin Lamarque, Reuters.

Donald J. Trump, sebuah nama yang tidak asing buat peminat siri The Apprentice yang pernah ditayangkan di TV3, tidak pernah lekang daripada kontroversi sejak menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-45, 7 bulan lalu.

Pada 12 Ogos 2017 di Charlottesville, telah berlangsung satu demonstrasi “Unite the Right” oleh kumpulan nasionalis kulit putih AS yang turut disertai golongan belia penyokong Nazi yang tidak segan mengibarkan bendera serta menggayakan tabik Nazi.

Suasana demonstrasi pelampau nasionalis dan kulit putih. Sumber foto : Associated Press

Menurut demonstran nasionalis ini, mereka berdemo bagi menyuarakan kegusaran mereka terhadap AS yang semakin dikuasai bangsa asing, serta bagi melindungi hak orang kulit putih.


Jom Membeli Buku Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia! 


 

Dalam pada itu, satu lagi demonstrasi balas turut diadakan oleh mereka yang menentang tuntutan grup pelampau nasionalis kulit putih, juga di tempat berdekatan. Sekitar jam 1.45 petang, satu kereta telah merempuh laju para demonstran anti-nasionalis ini sehingga mengakibatkan seorang wanita maut dan 19 orang lain cedera.

Pemandu kereta tersebut, James Alex Fields Jr., 20, telah ditahan polis namun perbicaraan beliau ditangguhkan daripada 25 Ogos kepada 14 Disember tahun ini. Fields dikenalpasti pernah menyertai demonstrasi sambil membawa simbol Vanguard America, sebuah pertubuhan nasionalis ekstrem yang menyatakan bahawa kesamarataan adalah sesuatu yang palsu dan menggesa kerajaan AS mengabaikan sebarang usaha ke arah kesamarataan.

Kereta Fields merempuh laju demonstran anti pelampau kulit putih. Sumber foto : Associated Press

Susulan itu, Presiden Donald Trump diselar banyak pihak apabila beliau enggan mengecam tindakan ektremis kulit putih tersebut dan menyalahkan kedua-dua grup demonstran dalam kenyataannya pada hari kejadian.

Beberapa hari selepas itu, atas tekanan ramai, Trump akhirnya menyelar tindakan rasis dan keganasan oleh kelompok K.K.K., Neo-Nazi dan pelampau kulit putih. Namun begitu, sehari selepas itu Trump sekali lagi menyatakan bahawa “(Dalam kes ini) Kita ada satu kumpulan yang teruk. Dan kita juga ada satu lagi kumpulan yang juga amat ganas. Sesiapapun yang mahu mengakui tentang (keganasan kedua-dua pihak) ini, jadi saya nyatakan sekarang.”

Sumber foto : NY Daily News

Kelunakan Trump dan pentadbirannya terhadap kumpulan-kumpulan pelampau kulit putih ini dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan antara etnik dan kadar kes jenayah berasaskan perkauman di Amerika Syarikat pada masa yang akan datang.


Jom Membeli Buku Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia! 


 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here