Syarikat elektronik dan telefon pintar gergasi Korea Selatan, Samsung telah melancarkan telefon pintar model terbaru yang telah lama dinantikan-nantikan oleh orang ramai iaitu Galaxy Note 8. Model terbaru ini boleh disifatkan sebagai pengganti kepada model sebelumnya, Note 7 yang dihentikan keluarannya di pasaran gara-gara isu telefon tersebut boleh meletup.

Samsung

Note 8 adalah telefon pintar pertama yang menampilkan kamera dwi set-up di belakang dengan mod potret dan juga dwi penstabilan imej optik (OIS). Lebih menarik lagi, model yang kalis air dan habuk ini juga hadir dengan pembantu pintar yang diberi nama Bixby. Note 8 turut didatangkan dengan fungsi pengesan iris.

Bixby

Tanpa celoteh panjang, di sini kami paparkan 10 ciri-ciri awesome yang terdapat dalam model Galaxy Note 8 ini.

  1. Sama seperti Galaxy S8 dan Galaxy S8+, Note 8 juga dilengkapi dengan β€œInfinity Display” yang mempunyai nisbah aspek 18.5:9.

2. Skrin bersaiz 6.3 inci menggunakan teknologi Super AMOLED dengan resolusi 1440 x 2960 piksel.

Skrin Galaxy Note 8

3. Di bahagian dalam, Nota 8 menggunakan Qualcomm Snapdragon 835 octa-core chipset 64-bit dengan 6GB RAM dan storan dalaman sebanyak 64GB. Galaxy Note 8 juga akan dilengkapi dengan processor octa-core Exynos 8895 64-bit di kawasan seperti India dan negara-negara Asia yang lain.

4. Pen stylus β€œS Pen” didatangkan dengan kelajuan pengesanan kurang daripada 50 milisaat.

S Pen
S-Pen. Sumber foto : The Verge

5. Dwi-kamera di belakang adalah 12MP lensa sudut lebar dengan aperture f/1.7 dan 12MP lensa telefoto dengan aperture f/2.4. Kamera depan pula adalah 8MP yang mempunyai penstabilan imej optik.

6. Note 8 beroperasi menggunakan Android 7.1.1 Nougat OS di samping Samsung TouchWiz UI.

7. Model ini boleh didapati dalam empat pilihan warna iaitu Midnight Black, Orchid Gray, Deep Sea Blue dan Maple Gold.

Empat warna Galaxy Note 8
Dari kiri, : Maple Gold, Midnight Black, Deep Sea Blue dan Orchid Gray

8. Note 8 juga dilengkapi port USB Jenis-C untuk pengecasan dan pemindahan data. Bateri dengan kuasa sebanyak 3,300mAh didatangkan bagi menyokong pengecasan tanpa wayar yang cepat dan pantas.

9. Terdapat juga slot kad microSD untuk menambahkan storan.

10. Bagi mendapatkan semula keyakinan para penggunanya, Samsung telah meningkatkan ciri-ciri keselamatan pada model tersebut dengan melaksanakan 8-point battery test.

Saksikan video promo Galaxy Note 8 daripada Samsung Mobile di bawah :

Jadi bagaimana, ada di antara anda yang sudah mula berkira-kira untuk mendapatkan model terbaru ini ?

Teruskan follow #DeenamikSmartphones di laman Facebook kami untuk dapatkan review-review telefon pintar terbaru terus ke skrin anda.

 


Sumber : Khaleej Times

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here