Brexit
Sumber foto : ThinkStock

Referendum EU oleh Britain pada 23 Jun 2016, telah menyaksikan keputusan kontroversi apabila 52% rakyatnya memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU), seraya membawa kepada perletakan jawatan perdana menterinya, David Cameron dan diambil alih oleh Theresa May.

Susulan keputusan tersebut, Britain mensasarkan untuk keluar sepenuhnya daripada EU menjelang Mac 2019 dengan sesi perundingan bagi pengeluaran bermula seawal Jun 2017. Dalam pada itu, Britain dikejutkan apabila Theresa May bertindak membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya umum secara mengejut pada 8 Jun, dengan tempoh masa kurang sebulan daripada bermulanya sesi perundingan EU.

David cameron dan Theresa May
David Cameron melepaskan jawatan Perdana Menteri padaTheresa May selepas keputusan referendum BREXIT. Sumber foto : Getty Images

Langkah Perdana Menteri Britain, Theresa May, yang mengimpikan mandat kemenangan yang lebih besar bagi memudahkan perundingan Britain bersama EU ternyata meleset apabila parti beliau hilang majoriti mudah di dewan parlimen dengan pengurangan jumlah kerusi daripada 331 kerusi kepada 318; kurang 8 kerusi bagi majoriti mudah 326 kerusi.


Jom Membeli Buku Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia! 


Sekalipun beliau berjaya membentuk kerajaan gabungan, ianya dianggap sebagai kekalahan awal bagi perundingan perlepasan UK daripada EU.

Keputusan pilihanraya Jun baru-baru ini.

Kerajaan Britain dikritik hebat oleh Ketua Perunding EU, Michel Barnier, setelah Britain gagal membuat persiapan yang baik bagi ketiga-tiga sesi rundingan yang sudah berlangsung sejak Jun 2017.

Antara perkara yang menjadi persoalan utama dalam perundingan ini adalah polisi serta pendekatan Britain dalam hal-hal berkaitan imigresen, kastam, perdagangan, kondisi judisiari sivil EU dan juga kesejahteraan warga EU.

Michel Barnier
Michel Barnier, Ketua Perunding EU. Sumber foto : The Telegraph

Menurut Michel, “Masih banyak matlamat, pencerahan dan jaminan yang perlu dijelaskan oleh kerajaan UK tentang posisinya.” Michel yang juga merupakan mantan Menteri Perancis dan Pesuruhjaya EU bagi pasaran dalaman kini merupakan Penasihat Khas kepada Presiden Suruhanjaya EU, Jean-Claude Juncker.

Melihat kepada perkembangan semasa kerajaan Britain yang mengawal parlimen dengan majoriti tipis, dan kedinginan negara-negara EU untuk berunding, ramai penganalisis menjangkakan sama ada pemisahan UK daripada EU mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang melebihi sasaran Mac 2019 atau bakal berhadapan dengan kegagalan.

Sumber foto : Goethe Institut

Pada Januari lalu, Theresa May pernah mengungkapkan bahawa “Tiada perjanjian lebih baik daripada menerima perjanjian yang merugikan.”


Jom Membeli Buku Di Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Termurah Di Malaysia! 


 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here