“Jantung saya berdebar-debar sangat sampai nak gugur rasanya bila Timbalan Perdana Menteri panggil nama saya atas pentas secara spontan,” kata selebriti yang fasih berbahasa Melayu loghat Terengganu yang lebih dikenali dengan nama ‘Mat Dan’.

Mat Dan

Itu reaksi pertama Mat Dan atau nama Islamnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah sejurus (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kelulusan permohonannya mendapatkan status penduduk tetap Malaysia ketika merasmikan Ekspo Terengganu 2018 di sini pada Isnin.

“Saya memang terkejut dan malu sangat sebab semua orang dalam majlis tu tumpu pada saya. Walaupun saya memang terlibat dalam bidang penyiaran, tapi perasaan malu tu tetap ada dan perasaan jadi lain macam, katanya.

Mat Dan
“Memang saya pun tidak menyangka bahawa TPM sendiri yang akan umum perkara tersebut. Paling saya tak sangka beliau akan panggil naik atas pentas dan umum perkara tu, lepas salam tu saya terus lari sebab malu,” katanya pada pemberita sejurus pengumuman berita gembira tersebut.

Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2009. Beliau mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya yang berasal dari Chendering, Terengganu Mac tahun lalu.

 Jejaka yang berusia 28 tahun itu juga menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Terengganu kerana boleh menerima kehadirannya di negeri yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan warisan budaya yang menarik.

Mat Dan
“Saya rasa ia satu impian yang menjadi kenyataan dapat menetap di sini dan kini harapan saya agar saya boleh membuat sesuatu yang positif untuk Terengganu.

“Saya mula memohon menjadi rakyat Malaysia selepas sahaja saya kahwin, saya tahu ia tidak mudah tapi selepas diumumkan berita gembira ini, saya rasa macam nak cium tangan TPM.

Mat Dan

“Buat masa sekarang saya sebagai duta Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu ingin menunjukkan apa yang terbaik tentang Terengganu dan amat berbangga dengan negeri ini.

“Di mana saja saya pergi, saya akan bercakap, bercerita dan InsyaAllah akan tetap tinggal di Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam sidang media berkata kelulusan itu diberikan selepas mengkaji semua aspek yang diperlukan untuk menjadi seorang penduduk tetap negara ini.

“Setelah dikaji, didapati Mat Dan mengikut syarat-syarat yang ditentukan meliputi aspek keselamatan, dan sumbangan-sumbangan beliau bukan hanya pada Terengganu tetapi juga sumbangannya kepada Malaysia.

Mat Dan

“Mat Dan juga layak diberikan taraf penduduk tetap kerana sumbangannya kepada Malaysia apabila secara aktif mempromosi produk-produk keluaran Terengganu yang secara tidak langsung menarik kemasukan pelancong,” katanya.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BERNAMA

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here