Suasana hari itu bertukar menjadi suram apabila kejadian tidak disangka berlaku keatas keluarga Tia Jinbara semalam. Niat untuk menenangkan fikiran dan meluangkan masa bersama keluarga bertukar menjadi suatu tragedi buruk buat mereka.

 

Loading...

Setelah kembali ke tempat mereka letakkan kereta dan menekan alarm kereta tersebut ianya sudah tidak berfungsi. Tia berasa pelik dan apabila pintu dibuka kelihatan semua kad-kad bertaburan dalam kereta tersebut.

Kejadian itu berlaku berdekatan dengan rumah vokalis kumpulan Jinbara di Taman Rakyat, Sri Andalas, Klang. Apabila menyedari kejadian itu, Tia terus membuat laporan di balai polis berhampiran, Balai Polis Taman Sentosa, Klang.

tia
gambar hiasan

Tia atau dengan nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar, 47, menyatakan antara barangan yang berjaya dilarikan oleh pencuri itu iaitu ‘clutch’ milik beliau, beg tangan isteri dan dua telefon bimbit dengan kerugian itu hampir RM6,000.

“Apabila kembali ke kereta, saya mula cuak apabila alarm kereta tidak berfungsi walaupun ia sudah ditekan. Sebaik sahaja pintu dibuka, kami mendapati kad-kad bersepah.

“Apa yang pelik, ‘clutch’ saya diambil, tetapi kad pengenalan saya ditinggalkan bersama beberapa kada bank lain. Namun begitu, wang sebanyak RM 5 turut dicuri,” ujar beliau.

Tia sangat kecewa apabila dua telefon bimbit yang dibeli hasil daripada kemenangannya pada program reality, Gegar Vaganza (GV) musim keempat di mana beliau mendapat tempat keenam, turut dicuri dalam kejadian itu.

Setelah membuat laporan, pegawai polis memaklumkan Tia yang mana kes kecurian di kawasan itu sering berlaku terutama sekali membabitkan barangan berharga yang ditinggalkan dalam kereta mangsa ketika melakukan aktiviti riadah.

Vokalis itu juga menyatakan agar tidak meninggalkan lagi barangan berharga di dalam kereta kerana ia bakal mengundang kerugian kepada diri sendiri.

“Biasa buat semua, ketika hendak pergi jogging semua barang akan ditinggalkan untuk memudahkan. Walaupun sudah disorok, kita masih boleh menjadi mangsa penyamun,” tambah beliau.

gambar hiasan

“Dikatakan pencuri ini mempunyai sejenis alat untuk menceroboh kereta dengan mudah tanpa disedari orang sekeliling. Kejadian ini juga bukan yang pertama berlaku kepada saya, ini yang kedua dan sebelum ini kejadian sama berulang,” ujarnya lagi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here