Cukai Pendapatan Diturunkan 2%…..

Beban yang terpaksa ditanggung sebahagian besar rakyat Malaysia dalam membayar cukai akhirnya kini dikurangkan. Menurut laporan Bajet 2018, mereka yang berpendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM8,300 akan dikurangkan bayaran cukai pendapatan sebanyak 2%.

gaji minimum
Sumber foto : Free Malaysia Today

Pengurangan bayaran cukai tersebut sebelum ini telah diumumkan dalam pembentangan Bajet 2018 yang bertujuan membantu golongan pertengahan supaya dapat meningkatkan pendapatan bersih mereka.

Loading...

Berikut merupakan kadar cukai pendapatan terbaru yang perlu dibayar berdasarkan gaji tahunan :

RM20,001 – RM35,000 setahun – bayar 3% (sebelum ini 5%)

RM35,001 – RM50,000 setahun – bayar 8% (sebelum ini 10%)

RM50,001 – RM70,000 setahun – bayar 14% (sebelum ini 16%)

Ramai pakar ekonomi percaya bahawa wang yang dapat disimpan setelah pengurangan cukai ini akan dapat membantu golongan pertengahan terutamanya, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun.

BACA JUGA :   Kerajaan Bercadang Beri ‘Bonus’ Kepada Rakyat Sempena Aidilfitri

Selain itu, pengurangan cukai ini juga dapat membantu mereka yang tinggal di kawasan bandar. Meskipun pengurangan 2 peratus tidaklah kelihatan begitu banyak, namun setidak-tidaknya mereka dapat menggunakan lebihan wang itu untuk pelbagai kegunaan lain yang lebih mustahak.

Mengikut perkiraan, dianggarkan pengurangan cukai pendapatan tersebut akan memberikan lebihan wang sebanyak RM1.5 billion yang boleh dibelanjakan oleh rakyat Malaysia. Ini sejajar dengan langkah kerajaan yang mahu mengurangkan jurang pendapatan di antara golongan kaya dan golongan miskin di negara ini.

cukai pendapatan

Langkah ini sememangnya disambut baik oleh rakyat Malaysia. Rata-rata mereka yang baru sahaja mula bekerja di sektor swasta mengakui menerima gaji yang agak rendah, namun dengan penurunan cukai pendapatan ini mereka dapat menyimpan ratusan ringgit yang boleh boleh digunakan untuk perbelanjaan lain.

BACA JUGA :   Golongan Berpendapatan RM3,100 Ke Bawah Sudah Tidak Perlu Bayar Cukai Pendapatan Bermula 2018

Apa-apapun, diharapkan pihak kerajaan dapat terus membantu mengurangkan bebanan rakyat di zaman ekonomi yang serba mencabar di zaman sekarang. Pastikan segenap lapisan masyarakat dapat dibantu ke arah membentuk rakyat Malaysia yang lebih sejahtera.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here