Dikatakan bahawa Singapura akan menaikkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada sembilan peratus dalam tempoh 2021 hingga 2025, berbanding tujuh peratus pada masa ini.

Langkah itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Heng Swee Keat dalam kenyataan bajetnya di Parlimen pada hari ini.

Singapura

Swee Keat berkata, tempoh masa sebenar pelarasan itu akan bergantung kepada keadaan ekonomi, sejauh mana perbelanjaan meningkat dan peningkatan hasil cukai sedia ada.

Beliau turut menjangkakan pelarasan itu akan dilakukan lebih awal daripada tempoh tersebut.

Singapura

Menurut Swee Keat, kerajaan Singapura perlu menaikkan GST bagi membantu menampung kekurangan perbelanjaan masa depan dalam pelbagai sektor seperti penjagaan kesihatan, keselamatan dan sosial meskipun telah mengambil kira pelbagai usaha termasuk penjimatan dalam mengurusnya.

BACA JUGA :   Rakyat Dapat Berjimat Kira-Kira RM1,000 Setelah Cukai Pendapatan Kini Diturunkan

Kenaikan cukai tersebut dijangka akan meningkatkan hampir 0.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun kepada hasil kerajaan.

Singapura

Terdahulu, Ketua Strategi Penyelidikan Perbendaharaan Bank OCBC, Selena Ling berkata, kenaikan dua peratus kadar cukai berkenaan berpotensi meningkatkan sumbangan GST kepada 20 peratus daripada jumlah penerimaan cukai Singapura berbanding 16 peratus pada tahun lalu.

Tambah Swee Keat lagi, Singapura juga akan mula mengenakan GST ke atas e-perkhid­matan yang disediakan oleh pembekal asing menjelang awal 2020.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   10 Destinasi Pelancongan Paling Banyak Dilawati Di Dunia

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here