Makhtor

Makhtor adalah nama yang digunakan oleh Azroy Adyana Tajuddin (Nia), dalam arena e-suka FIFA 18, berusia 25 tahun. Beliau kini berjaya berada di kedudukan 16 teratas dalam Kejohanan Virtuelle Bundeshliga Asia Tenggara baru-baru ini yang berlangsung di Battle Arena Petaling Jaya.

 

Makhtor
gambar hiasan
Loading...

Kini beliau juga telah menyertai pasukan Order of Elites (OoE), dengan minat dan yang mendalam, berkemahiran dan mempunyai corak permainan yang baik mendorong OoE untuk menempatkan Makhtor di pasukan tersebut.

Nia turut menggembirakan pasukan OoE kerana menerima tawaran untuk beraksi bersama ahli pasukan yang lain. Kekuatan dan kelemahan itu boleh dikongsikan bersama sebagai satu pasukan, mungkin ada banyak perkara yang akan diperbaiki oleh Nia untuk terus menunjukkan prestasi lebih baik.

“Beliau sangat bertenaga dan menunjukkan minatnya dalam mempelajari perkara baharu. Kami juga percaya bahawa masih ramai wanita seperti Nia yang berbakat dan mereka perlu diketengahkan,” menurut kata pengasas pasukan OoE Mohd Phirkhan.

Bertepatan dengan prinsip pasukan tersebut, mereka sangat menyokong wanita dan tidak akan pernah memandang sebelah mata terhadap golongan wanita kerana mereka mempunyai  bakat terpendam.

Makhtor
gambar hiasan

Diharapkan juga dengan penyertaan Nia itu ia dapat menarik lebih ramai pemain wanita yang tidak menampakkan diri untuk keluar bertanding, dan bukan sekadar di gelanggan ‘FIFA’ malah di bahagian e-sukan yang lain.

Pemain yang lebih suka dengan digelar dengan nama itu, berasa sangat teruja dengan peluang untuk berada dalam pasukan Order of Ellite (OoE) dan merupakan pasukan yang digeruni di Asia Tenggara.

“Ia merupakan hadiah kebanggaan buat diri sendiri untuk menjadi salah seorang ahli pasukan Asia dan satu-satunya pemain wanita yang mewakili Malaysia dalam pasukan ini,” katanya.

Beliau turut percaya keperluan nasihat akan diberikan oleh pasukan tersebut kerana masih ada yang perlu diperbaiki dan menjadi mentor kepada beliau untuk menjadi pemain profesional di esok hari.

“Tunjuk ajar dan kemahiran pasukan yang diberikan, saya harapkan ia mampu menjadikan saya antara pemain wanita terbaik di Asia,” tambahnya lagi.

Beliau mula menjadi tumpuan kepada komuniti FIFA 2018 di Malaysia setelah berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan ITCD Studio di Ipoh tahun sebelum ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : awani

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here