Sebelum ini, tidak pernah lagi kita dengar KFC mengalami masalah kekurangan bekalan. Akan tetapi, majoriti rangkaian restoran makanan segera tersebut terpaksa ditutup keranan kekurangan bekalan ayam baru-baru ini.

KFC

Rangkaian restoran KFC di Amerika Syarikat memaklumkan ratusan cawangannya di Britain terpaksa ditutup selepas pembekalnya, DHL dari Jerman gagal menghantar bekalan secukupnya.

Mereka berkata, lebih 700 daripada jumlah 900 cawangannya ditutup sejak hujung minggu sementara ada rangkaian hanya menawarkan menu terhad atau waktu operasi lebih singkat.

“Kami sudah mendapatkan rakan pembekal baharu, namun mereka ada beberapa masalah. Usaha menghantar ayam segar ke 900 restoran di seluruh negara ini agak rumit dan susah”.

KFC

“Kami tidak berkompromi dalam kualiti, justeru masalah penghantaran menyebabkan sejumlah restoran itu ditutup dan ada yang beroperasi dengan menu terhad atau hanya dibuka untuk waktu singkat”.

“Kami memahami ia menyebabkan masalah dan mengecewakan pelanggan yang mahukan ayam goreng sejak beberapa hari lalu. Kami memohon maaf.”

Dalam pada itu, DHL dalam satu kenyataan berasingan berkata pihak mereka sedang bekerja mengatasi masalah itu.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here